Cara menjaga adapter charger yang anda semua tak tahu

Tips tips menjaga adapter charger



Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang bagaimana hendak menjaga komputer yang kami rasa patut dikongsi bersama anda semua. Kami merasakan amat berdosa jika tidak berkongsi pengetahuan yang kami ketahui kepada umum. Di sini adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu

 1)  Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi.

Adapter charger Compaq Presario CQ40

2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda.

3) Selalu cabut charger andabila charger anda sudah terlalu panas. Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop. Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus menjaga bateri dan charger anda.



Adapter Charger Acer


      4) Apabila menggunakan charger, adalah lebih baik menanggalkan bateri. Apabila menggunakan bateri adalah lebih baik untuk mencabut charger. Untuk mengecas bateri ianya lebih baik jika laptop anda sedang ‘OFF’

5) Bila menggunakan charger untuk masa yang lama, letakkannya di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. Ini untuk mengelakkan terlebih panas.

6) Wayar charger harus dielakkan dari terkoyak terkena benda tajam seperti bucu meja. Jika wayar charger sudah terkoyak, jangan gunakan lagi. Jangan balut wayar charger dengan ‘tape’ atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop boleh berlaku. Tukar dan beli charger yang baru.

Senang cerita bila guna laptop
Kalau guna charger jangan guna bateri
Kalau guna bateri jangan guna charger
Kalau nak cas bateri, cas bila laptop OFF


Jika anda merasakan tips di atas sangat berguna. Sila 'sharekan' artikel ini kepada rakan rakan anda kerana berkongsi ilmu itu besar pahalanya dan dibawa sampai ke mati



S

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS