Cara untuk mengesan laptop anda rosak dan apa yang anda perlu lakukan



Model Compaq yang semakin melonjak naik kerana kerosakan yang sangat ditakuti oleh setiap pengguna laptop iaitu masalah MOTHERBOARD!!!

Sebab Utama

Selalunya masalah ini berpunca dari chipset nvidia atau chipset ATI yang dah rentung terbakar
Punca chipset ini rosak adalah berpunca dari masalah overheat atau sistem penyejukan processor yang tidak efisien
Punca overheat adalah habuk dan debu yang melekat di heatsink atau kipas yang tidak dicuci beberapa tahun
Bagaimana hendak mengelak masalah ini? Sila klik sini

Bagaimana nak tahu compaq presario CQ42 saya ada masalah motherboard atau tidak?

Tetapi jika laptop compaq presario CQ42 anda sudah tidak dapat diselamatkan
Atau dengan kata lain, bila on tak ada visual di skrin.
Nak kesan chipset grafik kat motherboard tu ada masalah boleh rujuk video laptop CQ40 salah seorang customer kami di bawah. Untuk makluman setiap CQ40 dengan CQ42 adalah adik beradik dan berbeza casing luaran sahaja.

Video Compaq CQ40 yang rosak

Seperti yang anda lihat , jika terdapat lampu yang berkelip kelip di butang scroll (numlock) dan di butang capslock, tidak perlu ragu ragu lagi, memang chipset grafik nvdia atau ATI anda itu telah rosak.

Sudah rosak apa perlu buat?

Kami memberikan penyelesaian utama.

Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru!

Mungkin anda terpinga pinga apakah itu chipset grafik. 
Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar


Chipset chipset rosak, rentung, terbakar 


Chipset grafik ini adalah otak yang mengawal visual yang keluar ke skrin laptop anda.
Chipset grafik ini letaknya di motherboard
Oleh kerana chipset grafik CQ42 sama seperti CQ40 adalah dari jenis yang canggih, yakni bukan biasa biasa saja, 
jadi chipset ini cepat panas kerana banyak bekerja, ditambah dengan heatsink dan fan yang berhabuk
maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung

Kami mempunyai kepakaran menukar chipset ini menggunakan mesin yang telah kami import dari luar negara.

Contoh mesin tukar chipset kami

Antara kaedah lain

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM700 ke RM900
Jaminan 3 bulan.
Sanggup ke

Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:

- heat gun
- reball
-reheat
-resolder

Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangkamasa sangat sekejap.
Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja.

Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

- Dapat chipset baru
- Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
- Tahan lama
- Harga berpatutan

Faedah kepada kami - 

Customer happy tak datang balik pasal masalah sama

Hubungi kami

Nak repair dengan kami boleh lah klik sini untuk hubungi

Testimoni

dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)

di bawah adalah beberapa compaq presario CQ42 yang telah dibaiki oleh kami



Kalau ada kawan kawan kawan yang guna CQ42 dan yang nak repair tu, boleh lah forwardkan artikel ni ya.



Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS