Friday, 28 September 2012

Repair Laptop Compaq Presario CQ42

Repair Laptop Compaq Presario CQ42
HP telah memperkenalkan konsep "My Life, My HP" yang menampilkan Compaq Presario CQ42 sebagai antara notebook yang menepati kehendak kehidupan pengguna. Model yang mempunyai berat 2.2 kilogram itu dijual pada harga bermula RM1 799 menawarkan prestasi mengagumkan yang mempunyai kapasiti storage Hard Disk sebanyak 500GB.

Bukan sekadar itu, rekaan senipis 1.2 inci dengan paparan skrin 14.0 inci cukup untuk melakukan kerja seharian serta menatap laman sosial mahupun menonton videoapatah lagi ia mendapat sentuhan ATI Mobility Radeon HD 5430. Anda juga berupaya untuk memilih prosesscer Intel Core i3 atau i5 yang disesuaikan dengan persekitaran komputer.

Masalah Laptop Compaq Presario CQ42
Namun model ini mempunyai satu masalah yang boleh dikatakan kerap berlaku. Laptop yang telah digunakan selama 2 tahun dan keatas akan mengalami masalah "Cannot On". Kami sudah membuat kajian bahawa 7 daripada 10 orang yang menggunakan model CQ42 ini mengalami masalah "Cannot On".

Namun masalah ini terjadi kepada pengguna yang menggunakan processor Intel sahaja dan tidak berlaku kepada pengguna yang memakai processor AMD. Adakah ini disebabkan processor Intel sangat tidak berkualiti? Dan apakah ini menandakan kita perlu memilih processor AMD selepas ini?

Punca Masalah
Compaq memang terkenal dengan kepanasan yang merosakan sistem dan juga mendatangkan masalah kepada motherboard. Tetapi jika kita menjaga dengan baik seperti servis laptop setiap 6 bulan sekali mungkin perkara seperti ini tidak akan berlaku. 

Kesemua laptop model CQ42 yang mengalami masalah "Cannot On" berlaku disebabkan kipas dan heatsink dipenuhi dengan habuk. 

Jikalau macam ini lah keadaan kipas dan heatsink anda memang patut laptop itu rosak. Keadaan kipas seperti diatas menyumbang kepada rosaknya power controller chipset. Ditambah lagi dengan design compaq yang memerangkap haba, chipset yang berkualiti pun boleh rosak inikan pula chipset yang kualitinya rendah. 
Cara penyelesaian
Jalan yang terbaik jika laptop anda sudah tidak dapat ON, tukar motherboard adalah cara yang terbaik. Ini kerana jika masalah "Cannot On" berlaku itu sudah memendekan jangka hayat laptop anda. Tetapi harga sekeping motherboard untuk CQ42 ini adalah seperti anda membeli laptop yang baru. Untuk jaminan selama 3 bulan sahaja harga tersebut amatlah tidak berbaloi.

Namun kami mempunyai keadah yang selamat dan juga ekonomi. Kami menukar chipset yang telah rosak kepada yang baru serta dijamin selama tiga bulan. Kaedah ini memerlukan kos yang rendah dimana harganya tidak sama macam beli laptop baru. Disamping itu juga kami melakukan proses cleaning fan dan topup coolant secara percuma kepada anda. Setelah 6 bulan selepas itu barulah anda perlu melakukan servis seperti biasa untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.

Testimoni
Antara laptop yang berjaya ditukarkan chipset power controller dan tiada masalah "Cannot On" lagi.


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Friday, 21 September 2012

Repair Laptop Toshiba Satellite L310

Repair Laptop Toshiba Satellite L310

Bercakap mengenai laptop toshiba, brand ini sering mengalami masalah berkaitan dengan power controller chip. Namun bukan semua model yang bermasalah ya. Cuma kita perlu pandai untuk survey dan memilih model mana yang jarang dan tidak selalu rosak disebabkan manufacturing failure. InsyaAllah kalau kita pilih yang betul betul ok, jaga dengan baik maka tahan lamalah laptop kita tu.
Masalah Laptop Toshiba Satellite L310
Toshiba Satellite L310 mengalami masalah yang jarang didengar. Tapi ada persamaan dengan laptop model Acer iaitu Acer Aspire 4935. Bila kita nak ON kn laptop kita kena pakai bateri. Laptop tidak akan ON jika kita menggunakan adapter sahaja. Masalah keduanya adalah tanpa menekan button ON laptop akan ON dengan sendirinya. Dan masalah yang ketiga, laptop tidak boleh shutdown. Walau berapa kali kita mencuba untuk shutdown (secara normal) laptop akan mati sekejap then ON selepas beberapa saat.

Punca Masalah
Tiada masalah lain yang menyebabkan perkara diatas berlaku. Power controller chip adalah kunci kepada semua masalah ini. Power controller chip yang digunakan untuk model ini adalah yang tidak tahan panas (masalah biasa) kerana struktur pembinaannya berdekatan dengan heatsink. Oleh kerana menggunakan chipset yang kurang berkualiti dari segi ketahan haba, chipset tersebut memang selalu rosak dan model ini memang perkara wajib jika masalah ini berlaku.

Cara penyelesaian
Untuk memastikan laptop beroperasi normal seperti baru dibeli, memang chipset yang rosak perlulah ditukar. Hanya itu sahaja yang perlu dilakukan jika anda teringin untuk mengurangkan bajet bulanan. Kaedah tersebut adalah paling ekonomi kerana anda tidak perlu menukar motherboard jika masalahnya kita dapat atasi dengan harga yang sangat rendah. Dan kami ingin berpesan supaya servis laptop 6 bulan sekali untuk dicuci. Habuk yang banyak salah satu penyebab motherboard rosak. Laptop juga perlu dicuci apabila anda merasakan laptop mencapai tahap maksimun kepanasanya.

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Friday, 14 September 2012

Repair Laptop Acer Aspire 4935 / 4935G

Repair Laptop Acer Aspire 4935 / 4935G

Hari ini kami ingim berkongsi dengan anda tentang laptop model Acer Aspire 4935 dan 4935G. 4935 dan 4935G adalah model pertengahan Acer dalam jenis entertainment. Jenis entertainment tu macam mana? Jenis entertainment adalah laptop yang mempunyai button media yang terdapat dalam gambar diatas. Button yang berada selain daripada button keyboard. 
Masalah Laptop Acer Aspire 4935 / 4935G

Laptop ini mempunyai masalah yang memang kerap atau senang dikata masalah wajib iaitu untuk ON laptop kena pakai bateri. Kalau pakai adapter tanpa bateri laptop tidak boleh ON. Kalau bateri tiada power laptop juga tidak boleh ON. Jadi masalah ini amat amatlah membebankan jika pengguna lupa untuk membawa bateri ketika bekerja kerana laptop tidak sama sekali boleh ON tanpa bateri.

Punca kepada masalah tersebut adalah, powerchip controller yang sudah "pening" dan "mabuk" atau bahasa senangnya ialah sudah rosak. Kami mengjangkakan bahawa powerchip controller yang digunakan adalah yang tidak bermutu tinggi ataupun low class. Setiap laptop model 4935 ini akan mengalami masalah yang sama.

Cara penyelesaian

Jadi kami pun bertindak dengan pantas dan tangkas menukarkan powerchip controller tersebut dengan powerchip controller yang baru. Powerchip tersebut diimport dari luar negara dan kami pastikan powerchip tersebut adalah yang betul betul berkualiti. Setelah kami berpuas hati dengan kualiti powerchip tersebut barulah kami memasangkan kepada laptop pengguna yang bermasalah.

Masalah Laptop Acer Aspire 4935 / 4935G

Selain masalah ON kena pakai bateri, laptop ini juga mengalami auto shutdown. Memang model ini popular dengan 2 masalah ini. Ramai orang membuat keputusan untuk menukarkan hard disk kerana mereka menyangka bahawa hard disk yang bermasalah. Untuk laptop model lain kalau berlaku auto shutdown memang boleh diterima tetapi bukan untuk model ini. 

Apabila mereka menukar hard disk, masalah yang sama juga berlaku. Masalah ini sama dengan model 4736. Dah membazir di situ. Mereka tidak berpuas hati, mereka menukar pula RAM. Jawapan yang sama juga mereka dapat. Malasah berlakunya auto shutdown bagi model ini adalah disebabkan chipset yang mengawal hard disk telah rosak. Chipset tersebut sangat sangat kecil dan sangat sensitif terhadap haba. 

Cara penyelesaian

Kami sangat beruntung kerana mempunyai pakar technician yang memang ternyata pakar dalam bidang membaiki motherboad. Chipset tersebut perlu diganti dengan yang baru dimana kami gunakan yang berkualiti sahaja. Memang ternyata dengan kaedah yang kami guna pakai adalah cara yang dapat menyelesaikan masalah itu.

Antara Laptop yang berjaya Dibaiki

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair acer aspire 4935, acer aspire 4736, acer aspire, aspire 4935, acer aspire 4935g, acer aspire notebook, acer aspire 4736z, laptop autoshutdown, computer autoshutdown, acer notebook

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Saturday, 1 September 2012

Repair Laptop Toshiba Satellite Series

Repair Laptop Toshiba Satellite Series
Laptop Toshiba Satellite series adalah model yang sangat popular pada satu masa dahulu kerana reka bentuk yang menarik serta harga mampu milik menjadikan ia memdapat sambutan hangat oleh pengguna laptop. Namun setelah lepas beberapa ketika, timbul satu masalah yang kerap berlaku kepada Satellite series ini.

Masalah Laptop Toshiba Satellite Series

Apakah masalah tersebut? Mungkin yang pernah menghantar laptopnya kepada kami sudah mengetahui punca masalah kenapa Toshiba Satellite Series ini autoshutdown, hang dan autorestart. Ramai yang menukar RAM, gantikan HARD DISK yang baru dan ada juga yang FORMAT laptop beliau namun masalah tetap ada.
Kami mengambil masa yang agak lama juga untuk mengenalpasti punca kenapa masalah ini sering melanda Toshiba Satellite Series ini. Dan setelah kami mengetahuinya...


Punca Masalah
Punca terjadinya masalah masalah tersebut adalah chipset. HARD DISK menpunyai chipset yang mengawal HARD DISK dan apabila chipset tersebut rosak maka terjadilah autoshutdown, tak boleh nak on, hang dan autorestart. Dan punca chipset tersebut boleh rosak kerana chipset yang tidak berkualiti, panas dan kecatatan pembuatan.
Antara punca yang lain adalah seperti hentakan daripada terjatuh. Chipset tersebut amat sensitif kepada hentakan seperti itu. 

Cara penyelesaian

Cara yang memang perlu dibuat adalah dengan mengantikan chipset yang baru. Itulah sajalah cara dan tida yang lain. Kalau ditukar RAM mahupun HARD DISK, memang tidak mengubah apa apa kecuali anda terpaksa mengeluarkan bajet yang lebih.

Kami menggunakan chipset yang berkualiti tinggi yang diimport dari luar negara serta menggunakan mesin khas untuk memasang chipset tersebut. Chipset yang mengawal HARD DISK ini sedikit berbeza dengan chipset display dan chipset power controller jadi berbeza sedikit cara kerja namun kualiti amat dititik beratkan.
Jadi dinasihatkan agar laptop haruslah selalu dicuci agar laptop mepunyai penghabaan yang baik kerana jika laptop sangat panas, pelbagai benda boleh terjadi. Display problem, hang, autorestart dan sebagainya. Dan menjaga laptop supaya jangan terjatuh. Kalau terjatuh konfirm skrin pecah dan mungkin chipset HARD DISK juga problem.

Antara Laptop yang berjaya Dibaiki






artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair toshiba satellite m200, satellite, laptop toshiba satellite, toshiba, toshiba satellite, toshiba laptop, toshiba laptop satellite, toshiba satellite m200, toshiba satellite laptop

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.