Repair Laptop MSI CR430




Micro-Star International Co, Ltd (MSI)  adalah sebuah syarikat elektronik Taiwan yang berpangkalan di New Taipei City. MSI merupakan salah satu pengeluar terbesar di dunia teknologi maklumat yang mempunyai kemudahan penyelidikan dan pembangunan di Kunshan. MSI adalah merupakan salah satu pengeluar motherboard dan pengeluar kad video terbesar di dunia. Di samping itu, MSI juga mengeluarkan pelbagai produk termasuk komputer riba, komputer riba perjudian, All-in-One PC, pelayan / stesen kerja, PC perindustrian, perkakas rumah, produk kereta infotainment, sistem Barebone dan alat-alat komunikasi di kalangan perkara-perkara lain.


Komputer riba atau laptop keluaran MSI merupakan antara yang mempunyai rekabentuk yang sangat canggih dan mesra pengguna. Kami di OK Computer Solution juga banyak menerima laptop seperti ini yang mana mempunyai masalah yang sering dihadapi oleh laptop-laptop yang lain. Antara masalah yang dihadapi adalah seperti tak boleh nak on, kadang-kadang boleh on tapi no display, auto restart dan auto shutdown.

Seperti yang umum ketahui, ini merupakan antara gejala yang mana melibatkan masalah motherboard, dan kos untuk membaik pulih masalah ini juga sangat tinggi. Walaubagaimanapun, kami sanagat pakar dalam menyelesaikan masalah ini tanpa perlu menukar motherboard yang mana kosnya sangat sangat tinggi di pasaran kini. Kami akan memberikan penyelesaian utama iaitu dengan menukar chipset.



Chipset berfungsi untuk mengawal paparan pada skrin laptop anda yang terletak pada motherboard. Mesti anda terfikir, kenapa chipset yang jadi masalah kan? Ini kerana chipsetlah yang mengawal seluruh pergerakan pada motherboard anda yang mana akan menghasilkan haba panas yang sangat tinggi. Bila kawalan udara tersekat, maka chipset tersebut boleh terbakar dan seterusnya boleh mengakibatkan masalah seperti yang disebutkan tadi.


Hal ini boleh dielakkan lebih awal sekiranya anda peka dengan masalah ini. Terutamanya, anda perlulah sentiasa servis laptop anda secara berkala yang mana ianya akan membersihkan segala habuk yang telah meyekat laluan haba panas pada heat sink. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah atau jika anda tidak berani untuk membuka laptop anda, kami sedia membantu.


Jika sudah terlambat, chipset sudah terbakar, kami juga sedia membantu anda dengan kepakaran yang kami ada.. Kami juga berpengalaman menghadapi masalah ini dengan hampir lebih 50 buah laptop model MSI ini. Anda pasti akan teruja, terpegun dengan hasil kerja kami serta dengan jaminan yang kami akan berikan kepada anda.







artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair motherboard, repair msi, msi, repair laptop, motherboard, computer repair, laptop repair, repair laptop motherboard, repair computer, motherboard repair, pc repair, computer repair services, notebook repair, laptop motherboard, compaq laptop, computer shop, computer service, laptop motherboard repair, repairing laptop, computer repairing, ok computer solution

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS