Tips Penjagaan Laptop Ketika Balik Kampung

Malaysia salah sebuah negara yang terkenal dengan budaya berbilang bangsa. Terdapat pelbagai perayaan yang disambut bersama (lebih tepat semua dapat cuti, :)). Antaranya seperti Hari Raya Puasa, AidilAdha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam, Hari Wesak, Hari Gawai, Krismas dan lain-lain. 



Balik ke kampung sudah menjadi tradisi masyarakat di Malaysia bila menjelang hari perayaan. Di kesempatan ini, kami di OK Computer Solution berbesar hati untuk berkongsi tips dengan anda bagaimana cara menjaga laptop ketika balik ke kampung. Pertama, jika anda tidak bawa laptop balik kampung bersama :

1) Pastikan anda mencabut bateri laptop dan asingkan bateri tersebut.

2) Letakkan laptop anda di tempat yang selamat.

3) Jauhkan laptop anda dari tempat yang mudah terkena air.

4) Jika anda merasa curiga, anda boleh sorokkan laptop anda di
    tempat yang tidak mudah dijumpai.              
    Boleh letak laptop anda dalam mesin basuh, pastikan paip air
    dicabut, kemudian timbunkan baju-    
    baju di atas laptop. (Ini tips yang saya sendiri pernah gunakan) :)



Kedua, jika anda membawa laptop balik kampung bersama :

1) Pastikan laptop diletakkan dalam beg yang sesuai.

2) Jika anda letakkan adapter charger dan lain-lain aksesori dalam
    beg yang sama, pastikan aksesori 
    ini tidak diletakkan menghadap sebelah hadapan laptop (skrin
    laptop). Ini kerana sebelah hadapan 
    skrin laptop mempunyai casing yang sangat nipis ketebalannya
    dan dikhuatiri skrin laptop anda 
    crack.

3) Letakkan beg laptop anda di bahagian paling atas dalam kereta,
    jangan dibiarkan bertindih dengan 
    beg-beg baju dan sebagainya.

4) Ini yang paling penting, kalau boleh jangan selalu ON laptop
    anda di kampung. Lebihkan masa
    anda bersama keluarga.. :)



Semoga tips ini dapat memberi manfaat! Berhati-hati dalam perjalanan balik kampung ya!

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang tips penjagaan laptop, tips penjagaan komputer, ok, ok computer, computer solution, ok computer solution, ok computer solution shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, pickup and delivery, pickup and delivery service, delivery service

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS