Monday, 2 April 2018

[ SOLVED ] MACBOOK AIR A1466 NO ENTRY | KEDAI REPAIR MACBOOK MELAKA

Artikel ini ditulis untuk menyelesaikan pengguna yang menghadapi masalah Macbook air No entry sign, no display pada macbook air.

Seorang pelanggan datang ke kedai repair macbook melaka @ okcs melaka. Beliau adalah salah seorang pensyarah dari UITM segamat mengadu tentang masalah macbook air no entry sign, no display. Beliau sudah membuat checkup di salah sebuah kedai komputer , kos yang dipinta iaitu RM2800 !!!! wooo ...


Specifikasi Masalah macbook air no entry, no display ini adalah :
Model : A1466 Year 2014
Storage : SSD PCIE 256GB ( ini yang kami maksudkan hard disk type ) 
8Gb memory.

Macbook No entry sign


Sebagai kerjaya seorang pensyarah, kami yakin! Penggunaan laptop/macbook juga adalah sebahagian besar daripada routine harian mereka untuk menjalankan tanggungjawab untuk berkongsi dan mencurahkan ilmu kepada anak didik mereka.

Cuma kadang kita terfikir, bila kita terlalu focuskan pada kerja, sedangkan kebanyakan kerja yang kita laksanakan di masa kini adalah dengan menggunakan laptop/Macbook. Sebagai contoh, Nota berbentuk pdf, Slide show,  gambar project, Jadual, dsb..  

Tak salah jika kita ambil 10minit sahaja dari masa kita untuk pantau keadaan laptop/macbook kita. Tiada siapa mampu mentafsir keadaan jangka hayat komponen laptop / macbook.

Terutamanya pengguna macbook, segala alat gantian macbook bukanlah murah. File format juga berbeza dengan laptop windows, type hard disk berbeza, tenaga mahir dalam membaikpulih jenama apple ini di sesuatu lokasi amatlah sedikit bilanganya.

Apa akan terjadi jika kita tidak bertindak ?
Macbook tersadai. Segala kerja kita terpaksa di tangguh lebih lama. 



Macbook Air SSD
Setelah diperiksa berkenaan masalah macbook no entry sign, no display oleh technician Kedai repair macbook melaka @ Okcs Melaka, seperti dijangka, ianya berpunca dari masalah SSD (Solid state Drive), kami dapati SSD beliau sudah rosak akibat bad block.  Technician kami membuat penukaran dengan mengambil masa 1 jam 40 minutes termasuk pemasangan dan installation OS.


SSD Installation , install OS di dalam SSD 


Process installation OS
Akhir sekali, selepas kami membuat penukaran SSD, kini masalah Macbook air no entry, No display berjaya diselesaikan. malah kami berikan software dan penghantaran secara percuma. Yang paling best harga yang ditawarkan pada beliau sangat tidak masuk akal. :))

Terserlah wajah kegembiraan beliau.
Beliau yang kami maksudkan iaitu Puan Nor Balqis dari segamat.

Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Nor Balqis menggunakan khidmat kedai repair macbook melaka dan kami doakan semoga segala urusan Puan Nor Balqis dipermudahkan.


Testimoni pelanggan 



We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> MACBOOK AIR ANDA ADA MASALAH SEPERTI INI   ?
---->> TAK TAHU NAK MACBOOK DI MELAKA , MUAR ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2889336 / 0196572171 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA



Wednesday, 14 March 2018

[ SOLVED ] TIPS MENGGUNAKAN LAPTOP SECARA SIHAT | REPAIR LAPTOP MELAKA

[ SOLVED ] TIPS MENGGUNAKAN LAPTOP SECARA SIHAT

Hari ni Okcs Melaka Nak share sikit tentang Tips Menggunakan Laptop Secara Sihat..


Majoriti memang menggunakan laptop kan. Kalau PC jarang orang guna sebab sekarang ni kita cari sesuatu yang mudah dibawa ke mana sahaja. Betul tak? Salah satunya merupakan laptop. Dengan laptop kita boleh update entri atau edit gambar di mana-mana sahaja. Untuk yang bekerjaya pun laptop merupakan salah satu benda yang sangat penting.

Tapi pernah tak kita terfikir bagaimana kedudukan yang betul atau tepat sekali kedudukan yang sihat untuk kita gunakan laptop ni? Adakah secara menelentang? Atau secara duduk?. Macam-macam gaya kita gunakan kan? Tapi hari ni Okcs Melaka nak share dengan korang 7 tips menggunakan laptop secara sihat.

1.POSISI DUDUK YANG BETUL

Posisi Kedudukan yang Betul

Kedudukan kita duduk adalah sangat penting untuk kita. Contohnya kita kena letak laptop sejajar dengan mata supaya kita tak bongkok bila melihat laptop. Kalau boleh, letak laptop di atas meja tak kira meja apa sekalipun asalkan dapat kedudukan yang selesa



2.ADJUST KECERAHAN LAYAR

Yang ni kita sendiri pun tahu kan. Kalau cerah sangat nanti mata kita yang sakit. Kalau gelap sangat nanti tak nampak. Jadi korang perlu adjustkan kecerahan laptop korang tu ikut keselesaan. Sebab kalau laptop kita ni terlebih cerah, mata kita akan automatik rasa sakit kan. Atau tepat sekali rasa pedih.Laptop yang terlampau cerah pun akan memakan lebih banyak bateri.
Adjust Kecerahan Layar
3.PASANG SCREEN PROTECTOR
Pasang Screen Protector

Screen protector ni sangat penting untuk penglihatan kita. Screen protector ni bertujuan untuk menghalang mata kita direct ke layar yang boleh mengakibatkan radiasi.Pernah dengar kan kalau mata kita ni terlebih nampak cahaya akan menyebabkan masalah katarak. Atau mata kita ni sukar untuk berkelip sebab air mata dah kering. Atau korang tak nak pasang screen protector? Boleh. Korang sediakan satu cermin mata khas untuk menghadap laptop. Bukan untuk orang rabun pun ada. Dekat kedai cermin mata memang ada khaskan protector untuk kita menghadap laptop.



4.LAKUKAN EXERCISE RINGAN

Screen protector ni sangat penting untuk penglihatan kita. Screen protector ni bertujuan untuk menghalang mata kita direct ke layar yang boleh mengakibatkan radiasi.Pernah dengar kan kalau mata kita ni terlebih nampak cahaya akan menyebabkan masalah katarak. Atau mata kita ni sukar untuk berkelip sebab air mata dah kering. Atau korang tak nak pasang screen protector? Boleh. Korang sediakan satu cermin mata khas untuk menghadap laptop. Bukan untuk orang rabun pun ada. Dekat kedai cermin mata memang ada khaskan protector untuk kita menghadap laptop.


5.REHATKAN MATA
Rehatkan Mata

Mata merupakan bahagian tubuh badan kita yang mudah sangat letih. Jangan korang paksa mata korang untuk bekerja terus-terusan. Kesian mata tu kan. Dia pun nak rehat. Rehatkan mata korang dengan pejamkan mata sekejap. Atau dalam 30 minit, korang jangan pandang screen laptop atau PC. Kalau boleh letak pokok kecil dekat ofis atau bilik korang, better korang letak. Jadi bila nak rehatkan mata tu korang boleh pandang pokok menghijau tu. Boleh dikatakan sebagai treatment mata juga.


6.BERKELIP DENGAN SELALU

Pernah tak bila kita dah terlalu fokus sehinggakan mata tak berkedip? Tapi memang hakikat. Kita tengah fokus apa kita tahu kan. Jadi, berkedip la mata tu sikit ye. Biar mata tu basah. Jangan sampai kering. kalau kita dah kerap menghadap laptop, ianya akan membuatkan mata kita agak kering. 


7.GUNAKAN MOUSE

Laptop kita ni memang dah tersedia touchpad kan yang fungsi dia sama je dengan mouse. Tapi, korang hanya dapat bertahan sekejap je menggunakan touchpad ni. Betul tak? Agak sukar lagi-lagi pada siapa yang membuat design blog. Mouse adalah teman setia kita.

Dan tambahan lagi, kalau korang gunakan mouse, pergelangan korang takkan sakit atau lenguh. Touchpad ni kecil dan kita nak tekan pun kadang-kadang kemain susah nya lagi. Jadi, gunakan la mouse cepat-cepat ye supaya pergelangan tangan kita tak lenguh :D


We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> LAPTOP ANDA ADA ROSAK   ?
---->> TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP DI MELAKA ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2889336 / 0196572171 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA

Thursday, 8 March 2018

[ SOLVED ] KELEBIHAN MENGGUNAKAN SSD | REPAIR SSD MELAKA.

[ SOLVED ]  KELEBIHAN MENGGUNAKAN SSD | REPAIR SSD MELAKA

Laptop anda slow dan mengganggu konsentrasi ketika membuat kerja?
Ayuh bertukar kepada SSD kerana terdapat banyak kebaikannya.Antara kebaikannya ialah...



  1. Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.
  2. Penggunaan Solid State Drive melajukan boot komputer anda kepada kurang daripada 10 saat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 8.1 dan Windows 10)
  3. Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsif – contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser,  scan antivirus dan sebagainya. Untuk mengoptimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.
  4. Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.
  5. Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.
  6. Model terkini Solid State Drive  mempunyai fungsi “DevSleep” iaitu lebih menjimatkan penggunaan bateri – sangat berguna kepada komputer jenis Ultrabook dan laptop untuk bisnes di mana ketahanan bateri sangat penting.
  7. Solid State Drive tiada komponen mekanikal yang bergerak (moving parts) – ini menjadikan ia lebih tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data penting seperti hard disk biasa.
  8. Solid State Drive lebih senyap dan lebih sejuk berbanding Hard Disk biasa – tiada lagi bunyi bising “spinning” hard disk dan kurang risiko hardware panas yang boleh membawa kepada overheat dan kerosakan hardware.
  9. Dari segi fizikal, Solid State Drive lebih ringan berbanding hard disk – sedikit mempengaruhi berat keseluruhan laptop atau desktop PC.
  10. Harga Solid State Drive kini jauh lebih murah berbanding ketika 3-5 tahun lepas, adalah sangat berbaloi untuk invest sedikit bagi mendapatkan lebih kelajuan, ketenangan fikiran dan produktiviti yang meningkat.


We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> LAPTOP ANDA ADA SLOW   ?
---->> TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP DI MELAKA ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2889336 / 0196572171 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA

Tuesday, 6 March 2018

[ SOLVED ] - TIPS PENJAGAAN BATERI IPHONE | REPAIR IPHONE MELAKA

[ SOLVED ] - TIPS PENJAGAAN BATERI IPHONE

Artikel ini ditulis atas tujuan berkongsi dengan anda cara menangani masalah bateri Iphone yang biasa kita alami. Kebanyakkan pengguna Iphone selalu ada masalah dengan bateri Iphone korang kan. Tukar baru tak sampai setahun, kembung , rosak dan sebagainya. Kedai repair iphone melaka ataupun OKCS MELAKA nak share beberapa Tips tentang penjagaan bateri Iphone.Antara penjagaan bateri Iphone,korang boleh cuba Tips yang kami berikan.


1.Off Telefon ketika Mengecas
Tak salah kalau kita off telefon kita bila cas.Semua orang sayang telefon kan..telefon pon kene laa jaga dengan baik.


Off phone while charging


2.Jangan Guna Telefon Ketika Mengecas
Sebab ape?? sebab boleh menyebabkan bateri kembung dan boleh cepat rosak.Bile cas telefon je pasti tangan gatal jee nak buka whasap laa main game laa nak buka nie laa nk buka tu laa..so korang kene laa biasakan cas telefon dulu baru boley guna OK.


3.Kurangkan Penggunaan Mobile Data
Ini akan menyebabkan bateri juga akan cepat makan dan data juga akan cepat makan jugak. Dah rugi dua benda dekat situ kan.

4.Gunakan Mod Penjimatan Bateri
Ini juga antara tips yang bagus untuk penjagaan bateri. Walaupun sudah dicas penuh 100%, hidupkan mod penjimatan bateri juga. Jadi jangka hayat bateri tersebut lebih lama dari yang biasa.

5.Pastikan Bateri Betul-Betul Lemah Sebelum Mengecas
Nak ingatkan juga pastikan bateri tinggal 20% atau 15% atau amaran bateri lemah dipaparkan, barulah korang cas bateri sehingga penuh.


6. Jauhkan Bateri Dari Haba
Contoh jauhkan Telefon dari barangan elektrik yang mengeluarkan haba sebab ia akan mudah meletup. Bila dah meletup bukan bateri saja meletup malah telefon pun sama.

Selain daripada tu....

7.Jangan Terlebih Had Waktu Mengecas
Okay selalunya bateri telefon akan penuh dalam masa 2-3 jam. Jadi janganlah cas pada waktu korang sedang tidur pada waktu malam tu. Ini kerana bateri akan cepat rosak kerana overcharge.

8.Kurangkan Cas Dalam Kereta
Pada korang yang suka cas dalam kereta tu, harap dapat kurangkan ye. Ini kerana voltan pada kereta selalunya tidak stabil. Jadi bateri akan cepat rosak kerana menerima arus voltan yang tidak stabil.

Tak lupa juga mod kecerahan akan menyebabkan bateri cepat habis bila kita guna..

9. Mod Kecerahan
Sesetengah orang hanya letakkan mod cerah paling bawah sekali. Itu lebih mujarab bagi penjagaan bateri.

10. Jangan Biasakan Menelefon Sambil Mengecas
Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handphone. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas handphone juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.



We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> IPHONE ANDA ADA MASALAH   ?
---->> TAK TAHU NAK REPAIR IPHONE DI MELAKA ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2889336 / 0196572171 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA

Monday, 19 February 2018

[ SOLVED ] CABLE MAGSAFE PUTUS | REPAIR MAGSAFE MELAKA

Ramai yang masih tertanya-tanya, cable magsafe putus masih boleh di repair? berbaloikah repair? nak Repair magsafe kat mana ?

Nanti kami akan jawabnya di akhir artikel ini.

Ada beberapa pelanggan datang ke kedai kami mengadu mengenai magsafe putus, koyak, uzur, pin patah,  dah cuba saloteppp, lilit, modify dan sebagainya.

Seorang pelanggan datang ke kedai Repair magsafe melaka, Batterynya tinggal 19%,  beliau terpaksa meminjam charger daripada kedai repair magsafe melaka untuk siapkan tesis beliau. Tension semestinya, tesis beliau tidak dapat disiapkan dengan berbekalkan battery 19%. Connector Cable magsafe Putus ini adalah jenis L shape.

Repair magsafe melaka muar seremban 1
Cable Magsafe Putus 


Tak salah jika tak tukar, tapi bayangkan kalau air terumpah atas pangkal magsafe putus tu, tak ke shorting Logic board magsafe tu, jika tidak bernasib baik, boleh menyebabkan Macbook kesayangan korang pun terjebak. Harga Magsafe Original bukanya murah. Kalau di Authorised, harganya lebih kurang RM349. Kalau pembelian melalui laman sesawang E-commerce harganya bermula RM80-RM200, Tapi ORIGINAL KE ? pakai 3-6 bulan meletup, pemakaian long term boleh menyebabkan "knockOff" pada macbook, nak claim warranty pun susah.

Repair magsafe melaka muar seremban
 Cable Magsafe Original 

Beliau datang ke kedai Repair Magsafe Melaka menghantar magsafe beliau untuk ditukar, selepas dicheck oleh technician kedai Repair Magsafe melaka atau Okcs Melaka, indicator pada magsafe putus ini tidak menunjukkan sebarang respon seperti lampu hijau ataupun oren. Technician kami terus menukar cable magsafe putus yang baru dengan hanya mengambil masa 2 jam.

Repair Magsafe melaka muar seremban
Selesai penukaran Cable Magsafe Putus

Alhamdulillah, Magsafe beliau kini berfungsi seperti sediakala.
Jawapan kami seperti soalan di atas, Ya!,  ! Kita dapat kekalkan kualiti Magsafe original dengan harga yang Reasonable.


- It's not worth risking your Mac to save a small amount of money -



We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> CABLE MAGSAFE ANDA PUTUS  ?
---->> TAK TAHU NAK REPAIR MAC DI MELAKA ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2889336 / 0196572171 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA





Thursday, 15 February 2018

[ SOLVED ] LENOVO G470 SCREEN PECAH | REPAIR LAPTOP JASIN

Peratusan tertinggi diantara masalah dihadapi oleh pelanggan kami iaitu laptop screen pecah.  Seorang pelajar IPTA datang ke kami iaitu kedai repair laptop jasin untuk membaiki laptopnya. Untuk makluman anda, jenis screen Laptop lenovo G470 ini adalah 14.0 Normal. Kata beliau, laptop G470 screen pecah ini akibat terpijak. Terpijak ?? 

" Ya !, saya terpijak apabila saya masuk ke bilik kamsis saya dalam keadaan mamai, " , cerita dia macam ni, saya ni sejenis yang suka bersila dan buat kerja di atas lantai, ada satu lewat malam ni, selepas selesai tugasan editing, terlalu penat.! Saya flip laptop saya dan terus tido, saya pun terjaga di lewat pagi untuk ke tandas, selesai buang apa yang perlu, saya pun terus ke bilik kamsis saya untuk cari katil kesayangan untuk landing semula, dalam keadaan separuh sedar berjalan dalam gelap menuju ke arah katil, tiba-tiba kaki kanan saya merasakan seperti saya sedang menaiki tangga", (amboii, macam katil double decker), yang paling best ianya beserta bunyi RANGUPPP, "Saya terkejut !!". " apaa lagii , saya pun nyalakan switch lampu, dan saya dapati rupanya Laptop Lenovo G470 Screen milik saya pecah, file editing saya tak sempat convert."

Sedikit pencerahan dari pelanggan kami mengenai Laptop Lenovo G470 Screen Pecah.

LAPTOP LENOVO G470 SCREEN PECAH

Lagi lama dibiarkan, lagi lamalah diheret kerja tu. 
Beliau membuat carian di google kedai Repair laptop jasin dan beliau terjumpa kedai Repair laptop jasin berdekatan iaitu Ok Computer Solution melaka untuk menghantar Laptop Lenovo G470 Screen Pecah ni.


Lepas technician check Laptop Lenovo G470 screen pecah ni. Technician di kedai repair laptop jasin ni terus membuat penukaran dalam masa 15 minit je. 

Laptop Lenovo G470 Screen Pecah diselesaikan dalam masa 15 minit 


Beliau sangat gembira selepas menggunakan service OK COMPUTER SOLUTION MELAKA atau kedai repair laptop jasin, file yang tak sempat convert tempoh hari selamat dan berjaya di hantar pada lecturer beliau. 

Semoga lebih berhati-hati, letakkan laptop anda pada ketinggian yang sepatutnya :D

We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> Laptop anda screen pecah ?
---->> Buntu cari kedai Repair Laptop Jasin ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2889336 / 0196572171 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA

Tuesday, 13 February 2018

[ SOLVED ] - FORMAT MACBOOK PRO TOUCH BAR A1707 | MELAKA

[ SOLVED ] - FORMAT MACBOOK PRO TOUCH BAR A1707 | MELAKA

Hari ini ada customer datang ke kedai kami mengadu Macbook Pro Touch Bar A1707 telah dijangkiti adsware dan malware, dan terdapat 3 user di dalam satu Macbook Pro touch Bar A1707 ini. Beliau amat tertekan ketika cuba melayari laman sesawang, beliau diserang Malware yang sangat menjengkelkan ketika "surfing", Untuk makluman, yang paling pedihnya, Macbook pro touchbar A1707 ini dibeli untuk anaknya bermain DOTA 2. Untuk makluman, Macbook pro touchbar A1707 ingin mencari tuan baru.

 Macbook Pro Touchbar A1707




Jika tidak bertindak, ianya boleh menyebabkan operasi system anda musnah, papan kekunci akan rosak akibat tekanan hentakan jari di papan kekunci, harga kos penukaran keyboard Macbook Pro touchbar A1707 mencecah hampir RM800-RM1000.


Selepas di diagnose oleh pakar kami, kami dapati Macbook Pro Touchbar A1707 beliau dijangkiti malware akibat terdownload Mac keeper. Kami diberitahu Macbook Pro Touchbar ini hendak di jual.
Jadi kami mengambil keputusan untuk Reformat Macbook Pro touchbar A1707 High sierra dengan hanya mengambil masa 30minit.


Successfully format Macbook Pro A1707 | Melaka

Akhirnya selepas di Format. Macbook Pro Touchbar A1707 ini kembali berfungsi seperti baru, Pelanggan sangat sangat gembira kerana Macbook touchbar A1707 beliau tidak lagi mempunyai user yang banyak, Bebas dari malware, market value untuk dijual juga tinggi berbanding sebelum ini. kami difahamkan Macbook pro TouchBar A1707 ini bakal menukar Tuan baru setelah gaming rig beliau selesai di Setup.



-->> Anda ada masalah Macbook Pro touchBar A1707 diserang malware ?? 
-->> Tercari-cari kedai repair Macbook di Melaka ?


Anda boleh hubungi OKCS Melaka : -

06-2889336 / 019-6572171 (Whatapps pun boleh)
Lokasi OKCS Melaka :-

OKCS MELAKA




[ SOLVED ] - MASALAH COPY PASTE FILE MAC KE DALAM WINDOWS,EXTERNAL DRIVE | REPAIR MACBOOK MELAKA

[ SOLVED ] - MASALAH COPY PASTE FILE MAC KE DALAM WINDOWS, EXTERNAL HARD DISK | REPAIR MACBOOK MELAKA



Artikel ini ditulis atas tujuan berkongsi dengan anda menangani masalah Copy paste file Mac ke Windows, External drive. Masalah ini juga adalah purata pertanyaan tertinggi dalam survey kami, Antara masalah yang dihadapi oleh pelanggan kami iaitu masalah tidak dapat copy paste file mac ke dalam Windows OS ataupun External Drive. 




External Hard disk
Antara Error code masalah Copy File Mac ke dalam Windows, External Drive



Tidak berjaya copy paste file Mac anda ke dalam windows, External Drive ??

Punca sebenar masalah copy paste file mac ke dalam windows ataupun external Drive adalah :

Hard disk ataupun external hard disk biasanya memiliki format NTFS secara default, jika anda selalu gunakan di windows. Untuk jenis NTFS ni, korang cuma boleh membaca data alias Read saja. korang takkan dapat copy paste file windows korang ke dalam Mac, ataupun copy paste file mac ke dalam windows.

Sedikit perbezaan dengan flashdisk di Mac ataupun Macbook, format file system default untuk flashdisk kebiasaanya adalah FAT32.

Jadi inilah alasan kenapa hard disk, External yang korang guna tidak dapat Copy paste file mac ke dalam windows.


Solution untuk menangani masalah copy paste file mac ke dalam windows, external. Korang boleh cuba Step di bawah ni .

1. Pastikan korang dah Backup semua data.

kenapa kena backup? sebab ianya perlu diformat semula partition, semua data sebelumnya disimpan akan musnah.


2. Sambungkan external hard disk ataupun flash disk


3. Buka Disk Utility,


4. Pilih "Erase" dan set 





5. Select Format dan Tukar kepada ExFAT






6. Selesai Pilih format " ExFAT ---> CLICK [ ERASE ] 
TUNGGU 6 SAAT . " SELESAI "


Setelah selesai kesemua langkah, korang cuba tekan "Get info" untuk mengenalpasti Format Hard drive, Flash drive Sudah ditukarkan kepada exFAT.


Pada yang dah buat macam ni, boleh copy paste file Mac korang dalam windows ?

Dah buat tapi masih tak boleh ?

>> Anda ada masalah Copy Paste file Mac ke dalam windows, External macam ni ?

>> Sesat cari kedai repair Macbook, Imac kat melaka ?



Anda boleh hubungi OKCS MELAKA .


06-2889336 / 019-6572171 (Whatapps pun boleh)
Lokasi OKCS Melaka :-

OKCS MELAKA





















[ SOLVED ] MACBOOK PRO RETINA A1502 SCREEN CRACK, BODY DENT | REPAIR MAC MELAKA


Kedai Repair Mac Melaka menerbitkan artikel tentang Macbook Retina A1502 Screen crack, Body dent. 



Seorang pelanggan datang ke kedai repair Mac Melaka mengadu mengenai Macbook Pro Retina A1502 beliau Screen Crack dan Body Dent akibat terhantuk keceletuk di bucu katil. " Kalau kecik kecik dulu kita yang selalu terhantuk, dah besar-besar ni Macbook pulak terhantuk, aduhhh!!, buka-buka blank......" , Beliau sangat tertekan, tambah lagi beliau tidak mempunyai thunderbolt untuk membuat penyambungan terus ke external monitor. Semua tugasan beliau terpaksa ditangguhkan.


Macbook Pro Retina A1502 Screen Crack , Body dent

Apa yang akan terjadi jika anda tidak bertindak, Macbook Pro Retina A1502 ini lama kelamaan akan disimpan di dalam store, bakal bersawang. Kos screen Macbook Pro Retina A1502 makin lama makin mahal harganya sebab ianya menggunakan matawang USD. 

Beliau membuat carian di Google dan mencari kedai repair Mac melaka yang berdekatan di Melaka tengah. Tanpa lengahkan masa, beliau terus hubungi kedai repair mac melaka untuk hantar Repair Screen Macbook Pro Retina A1502 beliau.

Setelah di diagnos oleh technician kami, technician kami dapati Macbook Pro Retina A1502 milik beliau Screen crack dan body ada sedikit dent di Topset panel. Jadi beliau mengambil keputusan untuk tukar Topset panel ( Satu Set Panel Skrin ).







Yezzzzaaa, Alhamdulillah,  dengan hanya mengambil 10minit sahaja masalah Macbook Pro Retina A1502 Screen crack, dent beliau diselesaikan. Seperti biasa, beliau sangat gembira dengan hasil kerja kami, kos yang ditawarkan juga berpatutan. Pada anda yang membaca artikel ini, sila berhati-hati dengan bucu-bucu yang ada ya.. :D 

We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> iMac / Macbook Anda ada masalah Crack dan dent ?
---->> Buntu cari kedai Repair iMac / Macbook Melaka ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2889336 / 0176334745 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA