[ SOLVED ] KELEBIHAN MENGGUNAKAN SSD | REPAIR SSD MELAKA.

[ SOLVED ]  KELEBIHAN MENGGUNAKAN SSD | REPAIR SSD MELAKA


Laptop anda slow dan mengganggu konsentrasi ketika membuat kerja?
Ayuh bertukar kepada SSD kerana terdapat banyak kebaikannya.Antara kebaikannya ialah...





  1. Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.
  2. Penggunaan Solid State Drive melajukan boot komputer anda kepada kurang daripada 10 saat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 8.1 dan Windows 10)
  3. Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsif – contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser,  scan antivirus dan sebagainya. Untuk mengoptimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.
  4. Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.
  5. Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.
  6. Model terkini Solid State Drive  mempunyai fungsi “DevSleep” iaitu lebih menjimatkan penggunaan bateri – sangat berguna kepada komputer jenis Ultrabook dan laptop untuk bisnes di mana ketahanan bateri sangat penting.
  7. Solid State Drive tiada komponen mekanikal yang bergerak (moving parts) – ini menjadikan ia lebih tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data penting seperti hard disk biasa.
  8. Solid State Drive lebih senyap dan lebih sejuk berbanding Hard Disk biasa – tiada lagi bunyi bising “spinning” hard disk dan kurang risiko hardware panas yang boleh membawa kepada overheat dan kerosakan hardware.
  9. Dari segi fizikal, Solid State Drive lebih ringan berbanding hard disk – sedikit mempengaruhi berat keseluruhan laptop atau desktop PC.
  10. Harga Solid State Drive kini jauh lebih murah berbanding ketika 3-5 tahun lepas, adalah sangat berbaloi untuk invest sedikit bagi mendapatkan lebih kelajuan, ketenangan fikiran dan produktiviti yang meningkat.


We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> LAPTOP ANDA ADA SLOW   ?
---->> TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP DI MELAKA ?


Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2400100 / 0186614745  ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS