[ SOLVED ] TIPS MENGGUNAKAN LAPTOP SECARA SIHAT | REPAIR LAPTOP MELAKA

[ SOLVED ] TIPS MENGGUNAKAN LAPTOP SECARA SIHAT

Hari ni Okcs Melaka Nak share sikit tentang Tips Menggunakan Laptop Secara Sihat..


Majoriti memang menggunakan laptop kan. Kalau PC jarang orang guna sebab sekarang ni kita cari sesuatu yang mudah dibawa ke mana sahaja. Betul tak? Salah satunya merupakan laptop. Dengan laptop kita boleh update entri atau edit gambar di mana-mana sahaja. Untuk yang bekerjaya pun laptop merupakan salah satu benda yang sangat penting.

Tapi pernah tak kita terfikir bagaimana kedudukan yang betul atau tepat sekali kedudukan yang sihat untuk kita gunakan laptop ni? Adakah secara menelentang? Atau secara duduk?. Macam-macam gaya kita gunakan kan? Tapi hari ni Okcs Melaka nak share dengan korang 7 tips menggunakan laptop secara sihat.

1.POSISI DUDUK YANG BETUL

Posisi Kedudukan yang Betul

Kedudukan kita duduk adalah sangat penting untuk kita. Contohnya kita kena letak laptop sejajar dengan mata supaya kita tak bongkok bila melihat laptop. Kalau boleh, letak laptop di atas meja tak kira meja apa sekalipun asalkan dapat kedudukan yang selesa



2.ADJUST KECERAHAN LAYAR

Yang ni kita sendiri pun tahu kan. Kalau cerah sangat nanti mata kita yang sakit. Kalau gelap sangat nanti tak nampak. Jadi korang perlu adjustkan kecerahan laptop korang tu ikut keselesaan. Sebab kalau laptop kita ni terlebih cerah, mata kita akan automatik rasa sakit kan. Atau tepat sekali rasa pedih.Laptop yang terlampau cerah pun akan memakan lebih banyak bateri.
Adjust Kecerahan Layar
3.PASANG SCREEN PROTECTOR
Pasang Screen Protector

Screen protector ni sangat penting untuk penglihatan kita. Screen protector ni bertujuan untuk menghalang mata kita direct ke layar yang boleh mengakibatkan radiasi.Pernah dengar kan kalau mata kita ni terlebih nampak cahaya akan menyebabkan masalah katarak. Atau mata kita ni sukar untuk berkelip sebab air mata dah kering. Atau korang tak nak pasang screen protector? Boleh. Korang sediakan satu cermin mata khas untuk menghadap laptop. Bukan untuk orang rabun pun ada. Dekat kedai cermin mata memang ada khaskan protector untuk kita menghadap laptop.



4.LAKUKAN EXERCISE RINGAN

Screen protector ni sangat penting untuk penglihatan kita. Screen protector ni bertujuan untuk menghalang mata kita direct ke layar yang boleh mengakibatkan radiasi.Pernah dengar kan kalau mata kita ni terlebih nampak cahaya akan menyebabkan masalah katarak. Atau mata kita ni sukar untuk berkelip sebab air mata dah kering. Atau korang tak nak pasang screen protector? Boleh. Korang sediakan satu cermin mata khas untuk menghadap laptop. Bukan untuk orang rabun pun ada. Dekat kedai cermin mata memang ada khaskan protector untuk kita menghadap laptop.


5.REHATKAN MATA
Rehatkan Mata

Mata merupakan bahagian tubuh badan kita yang mudah sangat letih. Jangan korang paksa mata korang untuk bekerja terus-terusan. Kesian mata tu kan. Dia pun nak rehat. Rehatkan mata korang dengan pejamkan mata sekejap. Atau dalam 30 minit, korang jangan pandang screen laptop atau PC. Kalau boleh letak pokok kecil dekat ofis atau bilik korang, better korang letak. Jadi bila nak rehatkan mata tu korang boleh pandang pokok menghijau tu. Boleh dikatakan sebagai treatment mata juga.


6.BERKELIP DENGAN SELALU

Pernah tak bila kita dah terlalu fokus sehinggakan mata tak berkedip? Tapi memang hakikat. Kita tengah fokus apa kita tahu kan. Jadi, berkedip la mata tu sikit ye. Biar mata tu basah. Jangan sampai kering. kalau kita dah kerap menghadap laptop, ianya akan membuatkan mata kita agak kering. 


7.GUNAKAN MOUSE

Laptop kita ni memang dah tersedia touchpad kan yang fungsi dia sama je dengan mouse. Tapi, korang hanya dapat bertahan sekejap je menggunakan touchpad ni. Betul tak? Agak sukar lagi-lagi pada siapa yang membuat design blog. Mouse adalah teman setia kita.

Dan tambahan lagi, kalau korang gunakan mouse, pergelangan korang takkan sakit atau lenguh. Touchpad ni kecil dan kita nak tekan pun kadang-kadang kemain susah nya lagi. Jadi, gunakan la mouse cepat-cepat ye supaya pergelangan tangan kita tak lenguh :D



We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> LAPTOP ANDA ADA ROSAK   ?
---->> TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP DI MELAKA ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2400100 / 0186614745 Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS