TARIKAN UTAMA KERETA DIPECAH | REPAIR LAPTOP MELAKA


Kami di kedai repair komputer melaka ini mendapat agak banyak luahan dari pelanggan kami berkenaan kes laptop hilang kereta dipecah. Bukan mereka saja, tapi memory pahit ni termasuk dalam data kenangan pahit staff kami sendiri! Kita struggle susah payah untuk dapat dapatkan sebuah laptop. Senang ja depa ni curi :( .

Jadi, aritkel ni ditulis atas tujuan untuk berkongsi sedikit maklumat berkenaan kes jenayah pecah kereta ni dan tips untuk minimizekan risiko ini dari terjadi pada anda. 







Memang benda nak jadi, nak buat macam mana kan ?


Biarpun artikel ini ada unsur berkongsi maklumat kepada si penjenayah yang melalukan kerja ni. 

Kami doakan semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk.

Saya yakin anda lagi bijak untuk mengurangkan risiko dari terkena kes macam ni.

Malaysia adalah negara yang paling banyak cuti umum di Asia Tenggara. 

Kebanyakan dari kalangan kita akan bawa laptop travel sana sini, balik kampung dan sebagainya. 

Tolong jangan tinggalkan dalam kereta. Dan kalau berdegil untuk taknak bawa juga, sila cabut battery laptop korang terlebih dahulu ( Seeloknya bawa sekali la ). Kebanyakkan laptop keluaran kini semua battery jenis built-in. 


Percaya tak 80% dari kes pecah kereta ini adalah berpunca dari tarikan seperti :

  1. Tinggalkan laptop di dalam kereta
  2. Power Bank
  3. Handphone
  4. ( Di follow / usha Dari jauh )

Kenapa ?

Sebab didalamnya ada lithium ion battery.
Battery Laptop

Battery handphone

Battery di dalam Power bank



Macam mana si pemecah kereta ni tau dalam kereta ada laptop, gadget ?!


Sebenarnya diorang tak guna alatan canggih macam “ Laptop detector pun “, antara alatan yang diorang guna gunakan adalah “RF Detector”. 

Apa itu RF Detector ?
APA FUNGSI RF DETECTOR NI ?

RF adalah short-form kepada RADIO FREQUENCY.

Penggunaan utama RF DETECTOR adalah mengukur atau mengawal gelombang RADIO FREQUENCY (RF) dalam sistem tanpa Wire (wireless) sebenarnya dan ianya dapat mengesan semua device tersembunyi dalam scala 1Mhz - 6.5ghz frequency. Termasuk hidden camera, eavesdropping devices, GPS tracker dalam keadaan on atau off.


Dalam masa sama diorang gunakan benda ni untuk scan benda yang ada ithium ion seperti mana yang ada di battery laptop , handphone , powerbank kita. Makin dekat detector dengan laptop kita. Makin kuat signal detector tu.


Benda ni ada jual di e-commerce kot. Harga bermula sekitar rm40 - RM100+.


RF Detector ini bagus sebenarnya, tapi malangnya ia disalahguna.

cara pencuri detect laptop dalam kereta 9


Sekarang zaman technology, bukan device itu je, Pakai apps pun boleh, tapi tak secanggih detector device tu.

Kalau korang tak percaya, ataupun nak test sendiri. Cuba download software “EMF Detector” kat iPhone korang.

Run Software —> Click Measure —> Halakan handphone anda ke laptop/handphone kawan yang mempunyai battery ithium ion —> lihat frequency dia.




cara pencuri detect laptop dalam kereta5
EMF DETECTOR SOFTWARE
cara pencuri detect laptop dalam kereta 6
Test dan Click Measure

cara pencuri detect laptop dalam kereta 3
Cuba halakan phone anda ke battery laptop ataupun device kawan anda.


Kami dari kedai repair laptop melaka sekali lagi ingin mengingatkan pada anda, artikel ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi tips untuk meminimizekan risiko dan tiada apa-apa jaminan.

Jangan disebabkan beratnya laptop tu yang hanya 2-5kg tu, anda terpaksa termenung di belakang bonet kereta sambil mengenangkan kos kerugian !


Pimpinlah laptop anda dan dapatkan manfaat dari keberatan laptop tu. Badan sihat, poket cermat ! 


Sekian artikel daripada kami kedai repair laptop Melaka, kami sayangkan anda! Kami tidak mahu anda tergolong mangsa seperti kami. Semoga ianya bermanfaat buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami.


> LAPTOP SLOW MACAM SIPUT PANJAT GUNUNG EVEREST ?

>TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP SEKITAR MELAKA ?


Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2400101 / 0186614745 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS