Tuesday, 10 September 2019

ANTI VIRUS VS WINDOWS DEFENDER

Banyak pelanggan datang ke kedai kami datang mengadu laptop terkena virus, dah belanja puluhan ringgit dan juga ratusan ringgit untuk mengelakkan laptop dari terkena virus. Bila kami buat checking, kebanyakkan daripada laptop mereka semua dah install Antivirus. 

Kenapa ??

Terdapat pelbagai jenama Anti-Virus di luar sana. 

Admin nak share sikit, sepanjang admin menggunakan laptop windows, admin tak pernah beli, ataupun install antivirus. Nak tahu kenapa ? Nanti admin bongkarkan di akhir artikel ni.

Sebelum itu, admin terangkan apa itu windows defender. Apa yang korang tahu Windows Defender adalah sesuatu applikasi antivirus buatan Microsoft sendiri. Windows Defender sangat mudah untuk digunakan dan sangat berguna.



windows_defender_vs_antivirus



Ramai masih tidak tahu lagi mengenai windows defender kan??


Windows Defender yang terbaru pada tahun 2019 ini bukan lagi seperti versi yang lama atau tahun terdahulu ianya dikenali sebagai Windows Security Essentials yang disediakn untuk Windows 7.


windows_defender
Windows Defender

Pada Windows 8 applikasi keselamatan windows telah pon bertukar nama kepada Windows Defender bagi menyesuaikannya mengikut aliran masa. Setelah tenambahan dan kemaskini, Windows Defender versi yang terbaru pada Windows 10 yang sudah pun setaraf dengan perisian antivirus yang lain.


KELEBIHAN WINDOWS DEFENDER


1) Selalu aktif dan member peringatan
    - Windows Defender ini selalu aktif. Dimana ketika anda memasang pendrive atau pon browsing sesuatu benda yang dicurigai berbahaya secara automatik Windows Defender memberi notification atau amaran bahawa ada virus atau malware yang merosakan windows anda. 


2) Membersih secara maksimum 

 - Windows Defender juga membersihkan virus secara menyeluruh. Jika dibandingkan dengan antivirus yang lain kalau dikesan ada virus habis satu folder di buang melainkan anda pakai windows defender hanya file yang terkena virus sahaja akan dibuang yang lain tidak dibuang.


-----------------------------------------------------------


Nak tahu kenapa admin tak pernah beli Antivirus ataupun install Antivirus ?

Ikut dari pengalaman admin.

1. Pengeluar virus adalah dari Syarikat pengeluar Antivirus itu sendiri.


2. Salah satu strategi Pemasaran Pengeluar AntiVirus itu sendiri. (Kenapa lesenya tidak perpetual ataupun sepanjang hayat ).

Cuba anda bandingkan laptop yang sudah di install Antivirus dan juga laptop yang tidak ada Anti Virus. ( Laptop jadi berat, Virus tetap menyerang)

Anda dah beli Antivirus yang berharga RM80-RM190, tapi masih kena virus !, Atas alasan, "VIRUS BARU".
Lesen kena renew setiap tahun pula tu.

---------

SEDIKIT TIPS BUAT ANDA :

Tips elakkan dari laptop/komputer terkena virus.

  1. Jangan memasukkan sebarang USB (Thumb) driveAtau sebarang ‘Removable media’ ke port usb anda. Dimana anda Tidak percaya 100%. Sebab bila ada virus di media tersebut, Ianya akan load ke hard disk anda bila anda ‘start up ‘.
  2. Pikir 2 kali jika anda dapat email attachment ( lampiran ). Tanya diri anda,“Adakah saya kenal pegirim” ? Jika Tidak abaikan, atau delete Serta merta.
  3. Jika anda dapat email dari seorang yang anda Tidak kenali, mark email tersebut sebagai spam, atau lebih baik anda delete terus.
  4. Pastikan Antivirus/Windows Defender anda Up to date.
  5. Terdapat Pelbagai virus di laman web, pastikan anda Tidak membuka laman web yang mengarut :D.



Kami tak halang anda untuk membeli AntiVirus, tak salah pun kalau beli Antivirus. Cuma pada masa kini, ikut dari pengalaman kami, Windows defender dari windows 8.1 - 10 pun sudah cukup secure.

Semoga bermanfaat.





================================================


> LAPTOP TERKENA VIRUS, TAK TAU NAK REPAIR KAT SEKITAR MELAKA ?

>TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP SEKITAR MELAKA ?


Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2400100 / 0186614745 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -


No comments:

Post a Comment