Monday, 9 September 2019

KELEBIHAN MACOS MOJAVE | REPAIR MAC MELAKA



KELEBIHAN OSX MOJAVE


Apple telah melepaskan versi terbaru macOS Mojave untuk semua pengguna Mac pada minggu ini. macOS Mojave 10.14 adalah merupakan sistem operasi komputer Apple Macintosh versi ke 14 selepas macOS High Sierra.


Mojave pertama kali diperkenalkan pada 5 Jun yang lalu di WWDC 2018 . Pada peringkat awal, hanya pembangun dan mereka yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program sahaja yang boleh menggunakan lebih awal versi beta macOS terbaru ini.


Tetapi kini ia sudah boleh dimuat turun dan digunakan oleh semua pengguna Mac di seluruh dunia. ( Pastikan Mac anda Compatible )


Tidak sepertimana macOS High Sierra yang sebelum ini lebih banyak menimbulkan masalah berbanding memberi manfaat kepada para pengguna Mac, versi macOS Mojave adalah lebih stabil serta terdapat lebih banyak ciri-ciri baru.


Malah para pengguna Mac juga memberikan reaksi yang positif terhadap versi macOS terbaru ini. Namun begitu, ia tetap juga ada beberapa perkara yang kurang menarik atau lebih kepada isu yang menjengkelkan ketika menggunakan Mojave.


Banyak juga kelebihan MacOs Mojave ni. Selepas 3 bulan lebih menggunakan Mojave dari versi Beta hinggalah kini, ini adalah antara kelebihan yang disukai dan kelemahan macOS Mojave yang menjengkelkan:-

1) Dark mode


Ciri terbaru ini amat dinantikan oleh para pengguna Mac sejak sekian lama. Ia memberikan lebih pilihan kepada para penggunanya untuk menetapkan rupa antaramuka macOS yang sebelum ini hanya ada dalam mod cerah sahaja.



Dark mode

Tidak setakat antaramukanya sahaja, Apple turut memasukkan ciri mod gelap bagi hampir kesemua aplikasi mereka bagi disesuaikan digunakan bersama macOS terbaru ini.



2) Stack


Stacks adalah satu ciri baru menarik yang dapat menyelesaikan masalah keserabutan yang biasa dihadapi pengguna Mac iaitu menguruskan fail-fail yang ditempatkan di desktop Mac.


Kini pengguna tidak perlu lagi memberikan masa mereka khusus untuk menyusun atau mengasingkan fail-fail mengikut kategori secara manual.



Stacks Mojave


Sebaliknya mereka hanya perlu mengaktifkan Use Stacks dan macOS secara automatik akan terus menyusun dan mengagihkan fail-fail dan folder-folder yang berselerak itu mengikut kategori tertentu dengan pantas.


3) Command+Shift+5





Gabungan pintasan kekunci ini adalah ciri terbaru macOS untuk pengguna Mac mengambil gambar screenshot atau merakam video aktiviti skrin yang sedang berlaku di dalam Mac.


Apabila pintasan tersebut dimasukkan, satu paparan kotak dialog kecil akan keluar yang memberikan pilihan kepada pengguna memilih jenis screenshot atau rakaman yang hendak digunakan.


4) Continuity Camera


Ciri kesinambungan kamera ini adalah salah satu ciri paling menarik yanag ada pada Mojave. Ia memudahkan pengguna memindah, mengambil gambar atau mengimbas dokumen ke dalam Mac dari peranti iPhone dan iPad.



Continuity Camera


Jadi, anda tak perlu lagi membuat sambungan kabel antara iPhone atau iPad andadengan Mac bagi memindahkan imej.


Ciri ini boleh digunakan di dalam Finder dan aplikasi Mail, Messages, Notes, Pages, Keynote dan Numbers.



5) 5 Ciri terbaru Finder



Finder

Gallery View adalah pilihan paparan terbaru yang terdapat di dalam Finder, menggantikan pilihan . Ia memudahkan pengguna mencari dan preview terhadap imej atau video yang terdapat di dalam Mac dengan lebih pantas.


Selain, Gallery View terdapat 4 lagi ciri terbaru di Finder iaitu Keeps folders on top, Quick Action, Metadata dan Show All Tabs.


Sekian artikel dari kami, semoga bermanfaat. :) ================================================


> LAPTOP SLOW MACAM SIPUT PANJAT GUNUNG EVEREST ?

>TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP SEKITAR MELAKA ?


Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2400100 / 0186614745 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

No comments:

Post a Comment