Kenapa MacBook Selalu Hadapi Masalah Overheating
Ramai pengguna MacBook mengadu tentang masalah overheating - peranti jadi panas dengan cepat walaupun digunakan untuk kerja ringan. Sebenarnya, ini bukan isu luar biasa kerana reka bentuk dan penyelenggaraan memainkan peranan besar. 1. Reka Bentuk Nipis, Aliran Udara Terhad MacBook terkenal dengan reka bentuknya yang nipis dan minimalis. Namun, kelemahan utamanya ialah ruang aliran udara yang agak terhad. Bila haba terkumpul, kipas perlu bekerja lebih keras untuk menyejukkan komponen dalaman. 2. Habuk & Debu Menyumbat Kipas Lama-kelamaan, habuk dan debu akan terkumpul pada kipas dan saluran udara. Bila kipas tersumbat, aliran udara jadi tidak lancar dan suhu dalaman meningkat dengan cepat. 3. Thermal Paste Lama Menyebabkan Panas Thermal paste berfungsi untuk menghantar haba dari CPU/GPU ke heatsink. Bila ia sudah kering atau hilang keberkesannya, haba tidak dapat disebarkan dengan baik dan MacBook akan cepat panas. 4. Cara Elak Overheating Untuk memastikan MacBook kekal...