APPLE IMAC : A flashing question mark ( tanda soal berkelip-kelip )
Anda seorang pengguna imac, pernahkah anda mengalami masalah seperti dalam gambarajah diatas??? Jika pernah, anda tidak kesorangan. Hampir 30% pelanggan kami datang membawa imac mereka yang bermasalah seperti diatas. Apakah yang dimaksudkan dengan paparan simbol tanda soal ini? Ramai yang tidak tahukan? Maksud simbol tanda soal ini adalah menunjukkan bahawa imac anda tidak dapat mencari perisian sistem yang diperlukan untuk start up. Jika tanda soal berkelip muncul hanya beberapa saat Jika tanda soal berkelip muncul hanya beberapa saat, anda mungkin perlu memilih semula Startup dalam pilihan Startup Disk. Anda boleh memilih startup disk dalam Startup Disk preferences untuk menyelesaikan ini. Pilih System Preferences dari Apple Menu. Klik ikon Startup Disk di dalam tetingkap System Preferences. Klik ikon disk yang biasa anda gunakan untuk memulakan komputer anda (secara default dinamakan "Macintosh HD"). Tutup tetingkap System...