Repair Notebook 1 Malaysia
Repair Notebook 1 Malaysia Selamat bertemu dan bersua kembali dan tidak terlupa dan sebelum terlambat, selamat hari raya diucapkan kepada semua. Jika melihat kepada gambar diatas semestinya anda sangat sangat mengenali notebook di atas brand apa. Notebook 1 Malaysia semakin banyak penggunaanya di Malaysia kerana inisiatif dari kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang IT. Masalah Notebook 1 Malaysia Namun, notebook berlambangkan 1 Malaysia ini sering kali dan kami sudah lali untuk meneka apakah masalah setiap kali pengguna menghantar laptop ke kedai kami. Apakah masalah yang sama yang dialami oleh notebook 1 Malaysia ini? Notebook ini sentiasa mengalami "kebakaran" dan "hangus" apabila sampai ke kedai kami. Ini memang masalah yang serius kerana boleh membahayakan nyawa serta boleh merosakan harta benda. Setiap kali notebook 1 Malaysia masuk ke kedai, kami akan berasa sangat cemas untuk menerimanya kerana ia melibatkan api yang boleh me...