Thursday, 14 March 2019

TARIKAN UTAMA KERETA DIPECAH | REPAIR LAPTOP MELAKA


Kami di kedai repair komputer melaka ini mendapat agak banyak luahan dari pelanggan kami berkenaan kes laptop hilang kereta dipecah. Bukan mereka saja, tapi memory pahit ni termasuk dalam data kenangan pahit staff kami sendiri! Kita struggle susah payah untuk dapat dapatkan sebuah laptop. Senang ja depa ni curi :( .

Jadi, aritkel ni ditulis atas tujuan untuk berkongsi sedikit maklumat berkenaan kes jenayah pecah kereta ni dan tips untuk minimizekan risiko ini dari terjadi pada anda. 







Memang benda nak jadi, nak buat macam mana kan ?


Biarpun artikel ini ada unsur berkongsi maklumat kepada si penjenayah yang melalukan kerja ni. 

Kami doakan semoga mereka diberi hidayah dan petunjuk.

Saya yakin anda lagi bijak untuk mengurangkan risiko dari terkena kes macam ni.

Malaysia adalah negara yang paling banyak cuti umum di Asia Tenggara. 

Kebanyakan dari kalangan kita akan bawa laptop travel sana sini, balik kampung dan sebagainya. 

Tolong jangan tinggalkan dalam kereta. Dan kalau berdegil untuk taknak bawa juga, sila cabut battery laptop korang terlebih dahulu ( Seeloknya bawa sekali la ). Kebanyakkan laptop keluaran kini semua battery jenis built-in. 


Percaya tak 80% dari kes pecah kereta ini adalah berpunca dari tarikan seperti :

  1. Tinggalkan laptop di dalam kereta
  2. Power Bank
  3. Handphone
  4. ( Di follow / usha Dari jauh )

Kenapa ?

Sebab didalamnya ada lithium ion battery.
Battery Laptop

Battery handphone

Battery di dalam Power bank



Macam mana si pemecah kereta ni tau dalam kereta ada laptop, gadget ?!


Sebenarnya diorang tak guna alatan canggih macam “ Laptop detector pun “, antara alatan yang diorang guna gunakan adalah “RF Detector”. 

Apa itu RF Detector ?
APA FUNGSI RF DETECTOR NI ?

RF adalah short-form kepada RADIO FREQUENCY.

Penggunaan utama RF DETECTOR adalah mengukur atau mengawal gelombang RADIO FREQUENCY (RF) dalam sistem tanpa Wire (wireless) sebenarnya dan ianya dapat mengesan semua device tersembunyi dalam scala 1Mhz - 6.5ghz frequency. Termasuk hidden camera, eavesdropping devices, GPS tracker dalam keadaan on atau off.


Dalam masa sama diorang gunakan benda ni untuk scan benda yang ada ithium ion seperti mana yang ada di battery laptop , handphone , powerbank kita. Makin dekat detector dengan laptop kita. Makin kuat signal detector tu.


Benda ni ada jual di e-commerce kot. Harga bermula sekitar rm40 - RM100+.


RF Detector ini bagus sebenarnya, tapi malangnya ia disalahguna.

cara pencuri detect laptop dalam kereta 9


Sekarang zaman technology, bukan device itu je, Pakai apps pun boleh, tapi tak secanggih detector device tu.

Kalau korang tak percaya, ataupun nak test sendiri. Cuba download software “EMF Detector” kat iPhone korang.

Run Software —> Click Measure —> Halakan handphone anda ke laptop/handphone kawan yang mempunyai battery ithium ion —> lihat frequency dia.




cara pencuri detect laptop dalam kereta5
EMF DETECTOR SOFTWARE
cara pencuri detect laptop dalam kereta 6
Test dan Click Measure

cara pencuri detect laptop dalam kereta 3
Cuba halakan phone anda ke battery laptop ataupun device kawan anda.


Kami dari kedai repair laptop melaka sekali lagi ingin mengingatkan pada anda, artikel ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi tips untuk meminimizekan risiko dan tiada apa-apa jaminan.

Jangan disebabkan beratnya laptop tu yang hanya 2-5kg tu, anda terpaksa termenung di belakang bonet kereta sambil mengenangkan kos kerugian !


Pimpinlah laptop anda dan dapatkan manfaat dari keberatan laptop tu. Badan sihat, poket cermat ! 


Sekian artikel daripada kami kedai repair laptop Melaka, kami sayangkan anda! Kami tidak mahu anda tergolong mangsa seperti kami. Semoga ianya bermanfaat buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami.


> LAPTOP SLOW MACAM SIPUT PANJAT GUNUNG EVEREST ?

>TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP SEKITAR MELAKA ?


Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2400101 / 0186614745 ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

Wednesday, 20 February 2019

[ SOLVED ] CARA BUAT BOOTABLE WINDOWS | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA


Cara buat bootable windows 

Artikel Kali ini, kami akan berkongsi dengan anda cara buat bootable windows installer windows 7/8/10 di pendrive. Cara buat bootable bukannya sesuatu yang sukar, ianya sangat mudah untuk semua golongan anak muda, pakcik dan makcik.

Jika anda dapat kuasai cara buat bootable windows dengan betul, anda berjaya menjimatkan duit bermula rm50 - RM599. Bergantung pada versi windows dan kedai komputer yang anda akan hantar. Bukan sahaja jimat duit, malah masa dan tenaga anda pun !

Kenapa saya cakap begitu ?
Setiap kali windows anda “crash”, “ operating system not found “, “ windows stuck di logo “, 
kemungkinan besar windows ( operating system anda bermasalah ). Anda mesti merasa gelisah, semua kerja terpaksa ditangguhkan, membuat carian pakcik google untuk menghantar laptop ke kedai repair laptop berdekatan.







Cara untuk mengatasinya sendiri dengan cara awalnya iaitu anda boleh Format ataupun Clean install windows semula di laptop anda. 

Cara untuk format windows boleh rujuk di artikel ini “ Cara format laptop  “, dan sebelum itu anda perlukan bootable pendrive ataupun cd. cara buat bootable ini adalah sebagai oksigen untuk sebelum anda buat installation windows di laptop anda menggunakan pendrive/Dvd.


Cara buat bootable windows : 


1. Download iso file windows yang anda inginkan di :

       
2. Download software Rufus ataupun Power iso.



     
3. Buka software rufus.

Rufus software : Cara buat bootable

 4. Pilih file iso yang sudah di download.
  


5. 5.1 Pilih Partition Scheme : Select UEFI
5.2 Nama pendrive
5.3 Pilih Standard windows installation dan click start
Setting system rufus


6. Tunggu sehingga selesai dan ia boleh digunakan.


Setelah selesai buat bootable di pendrive anda, anda boleh mula format laptop/pc. Jom kita teruskan ke cara format laptop. 
Click link ini ---> Cara Format Laptop


Sekian perkongsian kami tentang cara buat bootable windows, Semoga bermanfaat, kami di kedai repair laptop melaka sedia membantu anda. 


We-Fix-Advice-Supply-Now


---->> LAPTOP ANDA ADA SLOW   ?

---->> TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP DI MELAKA ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-


06-2400515 / 0186614745 ( Whatapps Pun boleh )


Lokasi OKCS MELAKA : -


OK COMPUTER SOLUTION MELAKA








[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

Cara format Windows 

Artikel kali ini, kedai repair laptop melaka iaitu Ok computer Solution Melaka akan berkongsi dengan dengan anda cara untuk format windows ( buang segala saka yang ada ) pada laptop dan pc anda dengan menggunakan pendrive/Dvd. Cara format windows bukannya sesuatu yang sukar, ia juga dapat dimanfaatkan semua golongan tak kira tua atau muda. Cuma anda perlu luangkan masa perlukan masa untuk membaca guideline cara format windows ini.



Cara untuk format windows:-

Jadi, anda dah ready untuk format windows anda ?? jomm !

1) Sediakan bootable windows yang anda telah buat sama ada menggunakan rufus ataupun Power iso ( boleh click di link ini cara buat bootable ( BOOTABLE ), connect ke usb port 2.5 di laptop/pc anda. 


2) Power on laptop anda dan spam bios setting "key". Untuk computer/laptop Dell tekan F2 sewaktu hidupkan computer dan laptop anda untuk memaparkan boot option, Set kan Boot Priority Order PC dan laptop anda kepada USB Device. 

Legacy Boot

        b)    Set kan USB Storage Device di bahagian atas sekali dan 
               F10 untuk save dan exit .


3)    Komputer anda akan restart dan akan memaparkan boot windows dari pendrive anda.


4)      Pilih bahasa , masa, keyboard dan tekan butang Next.


5)     Tekan butang Install now untuk format windows 10.



6)    Klik pada kotak "I accept the license terms" dan tekan butang Next.

*Upgrade : kekalkan data lama dan upgrade windows dari 7-10 tanpa membuang data
*Custom : bagi anda yang mahu delete semua partiton dan data 


7)    Windows setup akan memaparkan dua jenis yang anda mahu untuk upgrade windows atau custom install. Klik pada custom install.


8)      Seterusnya windows setup akan memaparkan partition hard disk anda. Sekiranya anda untuk format partition C sahaja pilih pada partition C dan klik pada butang format. Kalau anda mahu buang semua partition klik pada butang delete pada semua partition. Kemudian klik pada butang next untuk start format.

kedai repair laptop melaka
Windows dalam process installation


9)     Setelah selesai buat partitioning, anda boleh tekan next dan pergi ke dapur, bancuh air, spend time dengan family sementara windows dalam process installation. Anggaran masa diambil 40 minit - 1 jam ( bergantung pada spesifikasi laptop/Pc anda ).

kedai repair laptop murah melaka



5)       Selepas selesai install windows komputer akan restart sendiri dan akan memaparkan logo windows 10.

kedai repair laptop murah melaka

10)     Windows 10 akan tanya ada solan yang basic seperti masukan nama pc dan password selepas selesai windows 10 sudah siap untuk digunakan. 

Sekian artikel cara format windows dari kami Ok Computer Solution Melaka, semoga bermanfaat atas perkongsian ini.

Jika ada sebarang error semasa menjalankan "cara format windows" ini, anda boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.


We-Fix-Advice-Supply-Now


---->> LAPTOP ANDA ADA SLOW   ?

---->> TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP DI MELAKA ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-


06-2400515 / 0186614745 ( Whatapps Pun boleh )


Lokasi OKCS MELAKA : -


OK COMPUTER SOLUTION MELAKA