Posts

Showing posts with the label acer screen

Repair screen Acer Aspire 4736G

Image
Laptop acer ini sudah biasa kami terima dari pelanggan. Kebanyakannya, laptop ini majoriti digunakan oleh pelajar ipta serta ipts. Kerana laptop ini dikategorikan sebagai laptop mampu dimiliki pada tahun 2010. Dan sudah menjadi kebiasaan apabila laptop harganya murah, sudah tentulah kualitinya juga tidak beberapa bagus. Namun tidak kesemuanya mengalami kerosakan. Bergantung kepada pengguna dan cara penggunaan. Kami pernah membuat article tentang masalah chipset pada laptop ini. Pada entry ini, kami ingin berkongsi pada anda tentang screen bagi laptop ini. Laptop ini menggunakan screen LED 14.0 inchi. Ianya merupakan antara kelompok terawal keluaran acer yang menggunakan screen berteknologi LED (Light Emitting Diode ) . Selepas dari itu, acer tidak lagi menggunakan screen LCD (Liquid Crystal Display). Apa yang berbeza antara LCD dan LED ini ialah, LED ini jangka hayatnya lebih lama berbanding dengan LCD. LED juga tidak menggunakan kuasa yang lebih untuk membuat paparan menjadi terang. ...