Repair Laptop Dell Latitude D830
Latitude D830 merupakan salah satu model laptop yang dikeluarkan oleh syarikat Dell. Ia merupakan sebuah model yang lama. Jika dilihat pada rekabentuknya juga, kita dapat lihat bentuknya yang agak unik. Spare partnya juga agak sukar untuk ditemui dan dikategorikan sebagai rare. Walaubagaimanapun kami di OK Computer Solution sangat prihatin dengan semua jenis laptop termasuklah yang baru mahupun lama. Kami sedia membantu jika laptop mempunyai masalah. Baru-baru ini kami ada menerima sebuah laptop dengan masalah utama yang biasa kami jumpa iaitu masalah chipset. Masalah ini boleh dikesan sekiranya menemui tanda-tanda seperti tak boleh nak on, kadang-kadang boleh on tapi no display, auto shutdown, dan auto restart. Ramai juga yang bertanya bagaimana masalah ini boleh berlaku, walhal laptop tak pernah jatuh dan sebagainya. Hal ini terjadi bukanlah terjadi disebabkan oleh terjatuh dan sebagainya, akan tetapi ianya melibatkan laluan keluar haba panas dari chipset tersebut sudah tersumbat. Ma...