APPLE : KERNEL PANIK APA TINDAKKAN ANDA?
Kebanyakkan OS crash disebabkan oleh salah satu aplikasi yang terdapat dalam mac anda. Tetapi anda mungkin menghadapi suatu kemalangan yang menyebabkan keseluruhan sistem mac anda musnah : KERNEL PANIC. Apabila kernel panic ini terjadi, dia tidak memberi suatu pun amaran kepada anda dan anda mungkin tidak sempat untuk menyimpan kerja anda atau melakukan apa-apa melainkan restart. Kernel panic boleh disebabkan oleh beberapa punca, mendiagnosis masalah dan menyegahnya adalah sangat sukar. Bagaimana anda tahu jika ia adalah kernel panik? Jika anda menggunakan OS X 10.7 Lion atau lebih awal, kernel panik biasanya menyebabkan skrin anda malap dari atas ke bawah, dan mesej yang terdapat dalam beberapa bahasa yang memberitahu anda bahawa anda perlu restart Mac anda (dengan menekan butang power selama beberapa saat untuk mematikannya, dan kemudian menekan sekali lagi untuk menghidupkannya kembali). Bermula pada OS X 10.8 Mountain Lion, OS X secara automatik res...