APPLE: MENGAPA SOLID STATE DRIVE (SSD)?
Solid State Drive (SSD) menjadi buruan ramai pengguna Macbook Pro pada masa kini kerana ianya memberi banyak kelebihan berbanding Hard Disk Drive (HDD). Hampir 90% pengguna Macbook Pro model A1278 dan Macbook Pro model A1286 datang ke kedai kami semata-mata menukar HDD kepada SSD. Ini sangat terbukti apabila kami membuat video perbezaan kelajuan antara SSD dan HDD ( lihat video disini ). Malah bukan kelajuan sahaja yang ada pada SSD ini, mari kami kongsikan beberapa kelebihan lain yang ada pada SSD yang ramai tidak tahu. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SSD LEBIH TAHAN LASAK SSD menampilkan rekaan yang bukan mekanikal yang mana menggunakan Flash NAND yang dipasang pada papan litar dan dapat menahan hentakan sehingga 1500g/0.5ms manakala HDD pula terdiri daripada pelbagai bahagian yang bergerak menjadikan mereka mudah terdedah dengan gegaran dan kerosakan. --------------...