Repair Laptop Screen Compaq Presario CQ40
Repair Laptop Screen Compaq Presario CQ40 Skrin ini mengalami kerosakan iaitu muncul garis garis di bawah skrin. Jikalau terdapat garis walau dimana sekalipun pada skrin itu menandakan skrin sudah sampai waktu untuk rosak. Bergantung kepada individu untuk menukar ataupun tidak mengikut tahap kerosakan. Biasa kalau yang macam gambar di atas boleh lagi di pakai untuk 2 3 bulan sebelum banyak lagi garisan garisan yang muncul kerana garis garisan ini "berjangkit" dan boleh merebak. Gunakan skrudriver yang sesuai untuk membuka skru di bawah frame. Sebelum itu gunakan pisau jikalau boleh untuk membuka penutup skru berkenaan terlebih dahulu. Untuk membuka skru ini skil perlulah tinggi kerana agak sukar untuk membukanya. Kami yang selalu membuat kerja ini pun mengambil masa sedikit untuk membuka. Selepas frame hadapan dibuka dan frame belakang dipisahkan dengan skrin, gunakan skrudriver bermata sedikit kecil untuk membuka skru yang mengikat skrin dengan pemegang skrin. Hati hati jang