Laptop Gagal Cas Walaupun Charger Dipasang? Ini Puncanya - ( Kedai Repair Laptop Berkualiti di Melaka )
Salah satu masalah yang kerap buat pengguna risau ialah bila laptop tidak mahu dicas walaupun charger sudah dipasang. Keadaan ini boleh jadi tanda awal kerosakan, tetapi jangan terus anggap bateri atau motherboard rosak. Kadang-kadang punca sebenarnya lebih mudah. Beberapa sebab biasa laptop gagal dicas: Kabel atau adapter rosak. Wayar yang putus halus atau adapter bermasalah akan ganggu aliran elektrik. Port pengecas berdebu atau longgar. Habuk atau sambungan tidak ketat boleh menyebabkan laptop tak detect cas. Bateri bermasalah. Jika bateri sudah lemah atau tamat kitaran, ia tidak lagi simpan tenaga. Power circuit pada motherboard. Dalam kes lebih serius, litar pengecasan pada board mungkin rosak. Apa yang boleh anda cuba dahulu: 1. Uji dengan charger lain untuk pastikan masalah bukan pada adapter. 2. Bersihkan port pengecas menggunakan berus kecil atau blower. 3. Cabut bateri (jika boleh) dan cuba cas semula. 4. Jika tetap gagal, bawa ke pakar servis untuk pemeriksaan mendalam. Kesi...