Screen LED 15.6" Super Slim for Sony VAIO SVE15112FXS
Kalau anda semua nak tahu, laptop Sony merupakan laptop yang boleh dikatakan sebagai laptop cerewet. Kami banyak menerima laptop Sony VAIO yang pelbagai karenahnya. Terutamanya masalah screen. Screen laptop Sony VAIO ini menggunakan screen High Resolution yang tidak banyak digunakan oleh laptop-laptop bersaiz 15.6" LED Super Slim yang lain. Jika dibandingkan memang tiada bezanya dengan screen yang menggunakan resolusi rendah, cuma apabila dipasang ianya tidak akan mengeluarkan gambar. Oleh sebab itu, kami mempunyai 2 jenis stok untuk screen 15.6" LED Super Slim, yang high resolution dan yang biasa. Harga bagi end user amat mahal bagi screen high resolution ini. Jika dihantar kepada pihak Sony sendiri, harga yang dikenakan adalah sebanyak RM1100. Jika anda tidak percaya anda boleh bertanyakan sendiri. Dan tempoh yang diminta oleh pihak Sony adalah 3 minggu. Namun kami menjualnya dengan harga lebih rendah dari itu. Kerana kami mendapatkanya terus dari kilang pengeluaran khas un...