Posts

Showing posts from February, 2013

Apakah ciri adapter yang sesuai untuk laptop anda

Image
Jika anda menghadapi masalah pada adapter laptop anda, semestinya ianya amat mengganggu kerja anda bukan. Tapi tahukah anda power adapter boleh merosakkan laptop anda jika anda tidak mengambil kira kuasa yang disalurkan kepada laptop anda.  Bagaimana power adapter boleh merosakkan laptop anda Setiap laptop mempunyai kadar voltan atau aliran arus elektrik yang sesuai baginya. Tidak semua laptop mempunyai kadar voltan atau aliran elektrik yang sama. Bagi laptop yang kecil, kadar voltan dan arus elektriknya lebih kecil daripada yang besar. Maksudnya di sini semakin besar sesebuah laptop itu, makin besarlah kapasiti voltage yang di perlukan. Perkara ini disebabkan setiap kompenen yang berada didalam sebuah laptop itu mempunyai kadar voltan yang telah di khususkan. Jika ianya disalurkan dengan voltan dan arus elektrik yang lebih, ia akan rosak. Jika kurang disalurkan voltan dan arus elektrik, ia tidak akan berfungsi. Akibat dari salah pilih adapter -LCD/LED screen akan mudah rosak -Hard Dis

Berhati-hati apabila beli atau tukar LCD/LED screen laptop anda

Image
             Screen merupakan perkara penting untuk sesebuah laptop. anda setuju?. Apabila menghadapi masalah LCD / LED screen anda rosak, diminta untuk anda berhati-hati untuk membeli atau menukar LCD/LED screen baru.  Bagaimana screen LCD/LED boleh rosak. Setiap screen mempunyai jangka hayat yang telah ditetapkan bagi sesebuah LCD/LED screen. Selalunya dalam 3000 hingga ke 4000 jam (bagi screen baru dan original). Bila sampai jangka hayatnya, dari situ lah bermulanya screen menjadi kabur, berbelang-belang, tidak mengeluarkan gambar, berwarna putih, ada gambar tapi tiada lampu, green screen, blind screen dan macam-macam lagi. Pengalaman kami telah mendapat 70% customer yang screen-nya pecah kerana berlaku insiden-insiden yang tidak disengajakan. Contohnya letak objek-objek yang keras di antara screen dan keyboard dan akibat cuai, terus lipat laptop kemudian screen menjadi retak. Selain dari pada itu terjatuh, kanak-kanak kecil bermain dan banyak kemungkinan lagi. Jadi apabila sudah ro

Consider replacing your battery??

Image
Anda biasa dengan amaran "Consider replacing your battery" pada laptop anda?. Amaran ini keluar hanya pada pengguna windows 7. Ianya banyak kebaikan bagi pengguna yang mungkin tidak sedar akan ketahanan battery laptop mereka. Di entry ini kami akan menerangkan tentang pemasalahan begini. Windows 7 mempunyai keupayaan untuk memberitahu pada anda apabila bateri anda tidak lagi berupaya untuk cas penuh. Apabila bateri anda sudah mencapai 40 peratus daripada kapasiti asal (iaitu, ia hanya boleh mengecas 40 peratus atau kurang daripada kebiasaannya), Windown akan secara automatiknya akan memaklumkan pada anda yang mengatakan "Consider replacing your battery". Windows melaporkan maklumat ini terus dari bateri laptop anda. Dan hanya akan melihat pemberitahuan ini apabila bateri melaporkan ia tidak dapat bertahan lebih daripada 40% daripada caj penuh. Pemberitahuan ini adalah baru dalam Windows 7. Di awal versi Windows seperti Windows Vista, Windows XP dan sebelumnya, tidak

Kenapa anda perlu servis laptop anda?

Image
Adakah anda KEJAM dengan laptop anda?? Mari kita selidik kebenarannya.. Penjagaan laptop harus di ambil penekanan kepada pengguna yang tegar... Tahu mengguna tetapi tidak tahu untuk menjaganya. Laptop yang telah banyak berjasa pada anda, sedikitpun anda tidak ambil peduli tentang penjagaannya. Apabila sudah rosak barulah menggelabah nak service.. Anda memang pengguna yang KEJAM!!! Apa masalah yang akan dihadapi apabila anda tidak menjaga laptop anda. Pasti anda merasa pelik kenapa secara tiba-tiba laptop anda menjadi panas. Kipas kipas anda mengeluarkan angin yang panas. Laptop anda kerap kali mati atau restart secara sendiri. kadang-kadang baru on terus terpadam kat logo Windows. Jadi inilah masalah yang dihadapi oleh pengguna yang diketogorikan sebagai pengguna yang KEJAM!! Mengapa ianya terjadi. Perkara sebegini adalah berpunca daripada chipset pada motherboard tidak mampu lagi untuk berfungsi seperti biasa. Kerana ia tidak dapat untuk mengawal haba yang dihasilkannya. Ini kerana r

Repair laptop Samsung R480

Image
Samsung R480 merupakan laptop yang menepati kehendak pada masa kini. Mempunyai RAM sebanyak 4GB DDR3, Hard drive sebanyak 500GB, processor dwi-teras 2.13GHz Intel core i3 dan screen sebesar 14.0'' 1366x768 HD resolution. Namun tidak ramai yang setia menggunanya kerana ianya kerap kali mendapat masalah dan spare part nya agak mahal harganya. Tetapi bagi kami pelanggan adalah keutamaan. kami akan sedaya upaya untuk mencari supplier yang agak rendah harganya daripada kedai yang lain. Kerna itulah kelebihan kami di OK Computer Solution. Secara dasarnya, laptop samsung ini tidak lari dari pemasalahan kerosakkan yang sama di alami oleh laptop yang lain. Laptop ini juga mempunyai masalah chipset oleh kerana kurang penjagaan daripada pengguna. Chipset mudah rosak apabila tiada udara yang mencukupi bagi ia bagi mengawal haba yang dikeluarkannya. Ianya tidak semestinya kipas atau ruangan udara keluar tersumbat dengan habuk, tetepai ia boleh terjadi apabila ruangan udara masuk telah tetut

Repair Laptop Sony VAIO

Image
Sony VAIO adalah jenama yang tidak asing lagi didengar pada masa kini. Ianya merupakan produk keluaran syarikat teknologi yang terkemuka dari negara mentari timur iaitu SONY. Melihat dari reka bentuk laptop Sony VAIO pasti ramai yang akan menyukainya kerana ia amat menarik dan cantik. Namun bagaimanapun ia tetap mempunyai masalah seperti mana laptop yang lain. Kami di OK Computer Solution telah banyak menerima pelanggan yang mempunyai masalah dengan laptop Sony VAIO mereka. Antara pemasalahan yang sering kami terima adalah laptop tidak boleh on, lampu menyala tetapi no display, ada kalanya kerap kali auto shutdown atau restart dengan sendirinya. Kesemua pemasalahan ini adalah berpunca daripada motherboard. Kerosakan ini seringkali berpunca daripada over heating.  Apabila sampai masanya motherboard tidak mampu bertahan untuk melakukan kerja, dan secara sendirinya ia akan auto shutdown atau restart ataupun tidak boleh on langsung. Kami di OK Computer Solution amat pakar didalam pemasalah

Repair Laptop Dell Latitude D830

Image
Latitude D830 merupakan salah satu model laptop yang dikeluarkan oleh syarikat Dell. Ia merupakan sebuah model yang lama. Jika dilihat pada rekabentuknya juga, kita dapat lihat bentuknya yang agak unik. Spare partnya juga agak sukar untuk ditemui dan dikategorikan sebagai rare. Walaubagaimanapun kami di OK Computer Solution sangat prihatin dengan semua jenis laptop termasuklah yang baru mahupun lama. Kami sedia membantu jika laptop mempunyai masalah. Baru-baru ini kami ada menerima sebuah laptop dengan masalah utama yang biasa kami jumpa iaitu masalah chipset. Masalah ini boleh dikesan sekiranya menemui tanda-tanda seperti tak boleh nak on, kadang-kadang boleh on tapi no display, auto shutdown, dan auto restart. Ramai juga yang bertanya bagaimana masalah ini boleh berlaku, walhal laptop tak pernah jatuh dan sebagainya. Hal ini terjadi bukanlah terjadi disebabkan oleh terjatuh dan sebagainya, akan tetapi ianya melibatkan laluan keluar haba panas dari chipset tersebut sudah tersumbat. Ma