[ SOLVED ] - TIPS PENJAGAAN BATERI IPHONE | REPAIR IPHONE MELAKA

[ SOLVED ] - TIPS PENJAGAAN BATERI IPHONE

Artikel ini ditulis atas tujuan berkongsi dengan anda cara menangani masalah bateri Iphone yang biasa kita alami. Kebanyakkan pengguna Iphone selalu ada masalah dengan bateri Iphone korang kan. Tukar baru tak sampai setahun, kembung , rosak dan sebagainya. Kedai repair iphone melaka ataupun OKCS MELAKA nak share beberapa Tips tentang penjagaan bateri Iphone.Antara penjagaan bateri Iphone,korang boleh cuba Tips yang kami berikan.


1.Off Telefon ketika Mengecas
Tak salah kalau kita off telefon kita bila cas.Semua orang sayang telefon kan..telefon pon kene laa jaga dengan baik.



Off phone while charging


2.Jangan Guna Telefon Ketika Mengecas
Sebab ape?? sebab boleh menyebabkan bateri kembung dan boleh cepat rosak.Bile cas telefon je pasti tangan gatal jee nak buka whasap laa main game laa nak buka nie laa nk buka tu laa..so korang kene laa biasakan cas telefon dulu baru boley guna OK.


3.Kurangkan Penggunaan Mobile Data
Ini akan menyebabkan bateri juga akan cepat makan dan data juga akan cepat makan jugak. Dah rugi dua benda dekat situ kan.

4.Gunakan Mod Penjimatan Bateri
Ini juga antara tips yang bagus untuk penjagaan bateri. Walaupun sudah dicas penuh 100%, hidupkan mod penjimatan bateri juga. Jadi jangka hayat bateri tersebut lebih lama dari yang biasa.

5.Pastikan Bateri Betul-Betul Lemah Sebelum Mengecas
Nak ingatkan juga pastikan bateri tinggal 20% atau 15% atau amaran bateri lemah dipaparkan, barulah korang cas bateri sehingga penuh.


6. Jauhkan Bateri Dari Haba
Contoh jauhkan Telefon dari barangan elektrik yang mengeluarkan haba sebab ia akan mudah meletup. Bila dah meletup bukan bateri saja meletup malah telefon pun sama.

Selain daripada tu....

7.Jangan Terlebih Had Waktu Mengecas
Okay selalunya bateri telefon akan penuh dalam masa 2-3 jam. Jadi janganlah cas pada waktu korang sedang tidur pada waktu malam tu. Ini kerana bateri akan cepat rosak kerana overcharge.

8.Kurangkan Cas Dalam Kereta
Pada korang yang suka cas dalam kereta tu, harap dapat kurangkan ye. Ini kerana voltan pada kereta selalunya tidak stabil. Jadi bateri akan cepat rosak kerana menerima arus voltan yang tidak stabil.

Tak lupa juga mod kecerahan akan menyebabkan bateri cepat habis bila kita guna..

9. Mod Kecerahan
Sesetengah orang hanya letakkan mod cerah paling bawah sekali. Itu lebih mujarab bagi penjagaan bateri.

10. Jangan Biasakan Menelefon Sambil Mengecas
Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handphone. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas handphone juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.



We-Fix-Advice-Supply-Now

---->> IPHONE ANDA ADA MASALAH   ?
---->> TAK TAHU NAK REPAIR IPHONE DI MELAKA ?


Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-

06-2400100 / 0186614745  ( Whatapps Pun boleh )

Lokasi OKCS MELAKA : -

OK COMPUTER SOLUTION MELAKA

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS