Bilakah Waktu Terbaik Format Laptop?

Apakah itu format? Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut bilakah waktu yang sesuai untuk anda format laptop, kami akan bagi tahu serba sedikit apakah yang dimaksudkan / difahami umum pasal 'format komputer / laptop' ni.. Menformat komputer adalah suatu proses yang akan membuang / menghapuskan data dan mengimbas sektor yang rosak di dalam hard disk. Ia juga tidak akan memasukkan data ke dalam sektor yang rosak apabila sistem operasi baru dipasang. Waktu terbaik format laptop Mungkin pada satu ketika, komputer anda mengecewakan anda, maka kebanyakan masa anda habis untuk memperbaiki kerosakan perisian dan membuang virus hanya menemui jalan buntu. Atau mungkin, anda telah mencuba pelbagai cara untuk menjalankan semula sistem komputer tetapi ia masih bermasalah. Secara umumnya, melainkan kita mempunyai pengetahuan dalam pemulihan sesuatu masalah, ia masih sukar untuk dipulihkan. Apabila ini berlaku, memformat komputer merupakan cara yang boleh membantu. Berikut adalah waktu terb...