Speaker laptop yang tiba-tiba perlahan atau mengeluarkan bunyi pecah memang mengganggu, terutamanya bila menonton video atau menghadiri mesyuarat dalam talian. Namun, jangan terus anggap ia rosak teruk - kadang-kadang puncanya mudah sahaja. Beberapa sebab utama speaker laptop bermasalah: Debu atau kotoran pada grill speaker. Habuk yang terkumpul boleh menghalang keluaran bunyi dengan jelas. Setting audio atau driver rosak. Kesilapan konfigurasi atau driver yang outdated boleh menjejaskan kualiti bunyi. Bunyi pecah. Selalunya tanda speaker fizikal mula rosak, sama ada akibat umur penggunaan atau kerosakan dalaman. Cara mudah untuk cuba atasi masalah ini: 1. Bersihkan grill speaker dengan berus lembut atau angin pemampat. 2. Semak setting audio pada Windows dan pastikan tidak mute atau terlalu rendah. 3. Update atau reinstall driver audio untuk elak konflik. 4. Jika bunyi masih pecah, guna earphone atau speaker external sementara menunggu servis. Bila Perlu Dapatkan Bantuan? Jika s...
Comments
Post a Comment