50 Keyboard Shortcut untuk Menjadikan Kerja Anda Lebih Cekap.
Hai! Harini kami nak share kepada anda tentang Keyboard Shortcut Untuk windows. 50 Keyboard Shortcut PC untuk Menjadikan Kerja Anda Lebih Cekap
Membuat kerja dengan menggunakan mouse sahaja sangat leceh dan berasa kurang cekap ketika menggunakan suatu software. Contohnya, anda perlu tekan butang kiri mouse untuk menyalin teks, ataupun anda perlu menggunakan mouse untuk menekan butang-butang seperti bold atau besarkan tulisan. Alangkah mudahnya jika kita tahu keyboard shortcut untuk windows ni.
Namun, sistem operasi Windows telah menyediakan feature yang sangat berguna iaitu keyboard shortcut untuk memudahkan anda menyiapkan kerja-kerja.
Kami telah mengumpulkan sebanyak 50 gabungan keyboard shortcut yang kami fikir dapat membantu anda membuat kerja dengan lebih cekap.
- Shortcut Asas
- Shortcut Umum
- Shortcut Pada MS Word
- Bonus Shortcut
- Akhir Kata
**Sebagai peringatan, simbol ‘+’ dalam artikel ini adalah sebagai simbol anda perlu menekan semua butang pada masa yang sama untuk melakukan shortcut.
SHORTCUT ASAS
CTRL + C , CTRL + V
Antara keyboard shortcut yang ramai selalu guna iaitu Ctrl + C dan Ctrl + V. Bagi yang masih baru lagi menggunakan pc atau laptop, shortcut ini merupakan fungsi Copy , Ctrl + C dan Paste , Ctrl + V.
CTRL + X
Fungsi ini lebih kurang sama seperti fungsi Ctrl + C. Yang membezakannya ialah Ctrl + X memotong teks yang dipilih dan bukan salin seperti Ctrl + C.
CTRL + Z
Fungsi ini membatalkan perkara yang anda lakukan. Ia sangat berguna jika anda terpadam suatu teks atau fail.
CTRL + A
Fungsi ini memilih semua teks yang ada pada dokumen. Ia sebagai alternatif kepada penggunaan mouse yang memilih secara manual.
SHORTCUT UMUM
F5
Fungsi ini digunakan untuk refresh paparan laman web dan desktop sebagai alternatif bagi butang refresh pada laman web.
ALT + TAB
Fungsi ini mengubah dari paparan ke paparan yang lain. Sangat efisyen bagi kami.
ALT + F4
Fungsi ini menutup paparan yang sedang dibuka. (Selalu digunakan sebagai gurauan antara rakan)
CTRL + ESC atau WIN KEY
Fungsi ini membuka menu Start.
CTRL + ALT + DELETE
Fungsi ini membuka paparan untuk membuka Task Manager jika suatu perisian tidak memberi reaksi. Fungsi ini juga digunakan untuk restart komputer jika berlaku masalah ketika sedang menghidupkan komputer.
CTRL + TAB
Fungsi ini digunakan untuk bergerak dari tab ke tab yang lain pada perisian yang mempunyai tab seperti Chrome atau File Explorer.
SHIFT + F10
Fungsi ini membuka menu drop down sama seperti butang kanan mouse dan butang drop down pada keyboard.
SHIFT + DELETE
Fungsi ini membuang fail yang dipilih secara terus dan tidak disimpan di dalam Recycle Bin.
WIN KEY + D
Fungsi ini pergi ke desktop.
WIN KEY + E
Fungsi ini membuka File Explorer.
WIN KEY + R
Fungsi ini membuka program run untuk anda membuka apa-apa perisian.
WIN KEY + U
Fungsi ini membuka tetapan sistem.
PRINT SCREEN
Fungsi ini screenshot satu paparan. Sebagai peringatan, fungsi print screen pada laptop sedikit berbeza berbanding dengan keyboard pc. Anda perlu tekan FN + Print Screen atau Print Screen sahaja bergantung kepada laptop anda.
WIN KEY + SHIFT + S
Fungsi ini sama seperti print screen, tetapi anda boleh pilih kawasan mana yang ingin screenshot.
SHORTCUT PADA MS WORD
Fungsi shortcut ini lebih kurang sama pada mana mana perisian yang boleh edit dokumen seperti WPS Office.
CTRL + B
Fungsi ini menjadikan perkataan yang dipilih sebagai bold.
CTRL + I
Fungsi ini menjadikan perkataan yang dipilih sebagai italic.
CTRL + U
Fungsi ini menjadikan perkataan yang dipilih sebagai underline.
CTRL + L
Fungsi ini menjadikan isi dokumen disusun di kiri margin.
CTRL + E
Fungsi ini menjadikan isi dokumen disusun di tengah margin.
CTRL + R
Fungsi ini menjadikan isi dokumen disusun di kanan margin.
CTRL + M
Fungsi ini sama seperti kekunci Tab iaitu bergerak beberapa jarak berbanding dengan kekunci Space.
CTRL + N
Fungsi ini membuka dokumen baharu.
CTRL + P
Fungsi ini membuka paparan cetakan dokumen.
CTRL + S
Fungsi ini menyimpan dokumen.
CTRL + F
Fungsi ini membuka ruang carian perkataan.
CTRL + K
Fungsi ini menetapkan perkataan yang dipilih untuk dijadikan hyperlink.
CTRL + ]
Fungsi ini membesarkan tulisan sebanyak 1 point.
CTRL + [
Fungsi ini mengecilkan tulisan sebanyak 1 point.
CTRL + LEFT / RIGHT ARROW
Fungsi ini menggerakkan cursor dari satu perkataan ke perkataan yang lain.
CTRL + UP / DOWN ARROW
Fungsi menggerakkan cursor dari perenggan ke perenggan yang lain.
CTRL + DELETE
Fungsi ini memadam perkataan di sebelah kanan cursor.
CTRL + BACKSPACE
Fungsi ini memadam perkataan di sebelah kiri cursor.
CTRL + SPACEBAR
Fungsi ini set semula jenis tulisan kepada yang asal.
CTRL + 1
Fungsi ini menjarakkan barisan sebanyak satu point.
CTRL + 2
Fungsi ini menjarakkan barisan sebanyak dua point.
CTRL + 5
Fungsi ini menjarakkan barisan sebanyak 1.5 point.
CTRL + ALT + 1
Fungsi ini menukarkan teks kepada heading 1.
CTRL + ALT + 2
Fungsi ini menukarkan teks kepada heading 2.
CTRL + ALT + 3
Fungsi ini menukarkan teks kepada heading 3.
CTRL + F1
Fungsi ini membuka atau menutup task pane.
SHIFT + F3
Fungsi ini menukarkan ayat yang dipilih sama ada semua huruf besar, semua huruf kecil atau huruf besar pada perenggan.
F12
Fungsi ini sama seperti Ctrl + S, tetapi anda boleh menukarkan nama dokumen, lokasi fail dan jenis dokumen yang hendak disimpan.
ALT + SHIFT + D
Fungsi ini memasukkan tarikh semasa.
ALT + SHIFT + T
Fungsi ini memasukkan waktu semasa.
SHORTCUT MOUSE PADA MS WORD
Selain daripada shortcut pada keyboard, mouse juga mempunyai shortcut yang tersendiri.
CLICK , HOLD , DRAG
Fungsi ini mengalihkan perkataan yang dipilih.
DOUBLE CLICK
Fungsi ini memilih satu perkataan.
TRIPLE CLICK
Fungsi ini memilih satu perengaan.
BONUS SHORTCUT
Senarai shortcut berikut adalah aksara unik yang hanya boleh dilakukan pada komputer atau laptop yang mempunyai nombor keypad pada keyboard.
Shortcut aksara unik ini anda perlu tekan butang ALT dan beberapa kombinasi nombor.
EN DASH –
Alt + 0150
EM DASH —
Alt + 0151
ELLIPSIS …
Alt + 0133
BULLET •
Alt + 0149
REGISTRATION MARK ®
Alt + 0174
COPYRIGHT ©
Alt + 0169
TRADEMARK ™
Alt + 0153
DEGREE SYMBOL °
Alt + 0176
CENT SIGN ¢
Alt + 0162
1 QUARTER ¼
Alt + 0188
3 QUARTER ¾
Alt + 0190
HALF ½
Alt + 0189
AKHIR KATA
Kami telah mengumpulkan sebanyak 50 keyboard shortcut untuk windows yang mungkin boleh membantu anda menyelesaikan kerja dengan lebih cekap. Namun, masih ada banyak shortcut yang kami tidak senaraikan dalam artikel ini.
Jadi, walaupun anda tidak biasa menggunakan shortcut ini, itu tidak mengapa kerana dengan mempelajari menggunakan shortcut ini anda dapat menggunakan komputer dengan lebih lancar pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment