Tips menjaga bateri yang anda tidak diberitahu


 Tips- tips menjaga bateri

1)      Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila  pertama kali anda menggunakannya.

2)      Kemudian, TANPA ‘on’ laptop, cas bateri tersebut selama lapan 8 jam. Jika ‘indicator’ di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. Ingat, jangan sesekali ‘on’ laptop pada masa ini!

3)      Selepas lapan 8 jam, cabut adapter charger dari laptop, dan dengan HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.

4)      Selepas ini, anda boleh mengecas bateri seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh
    


Tabiat yang perlu dielakkan

1)    Elakkan dari selalu mengecas bateri - Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih  kurang 300 ke 500 pusingan cas. 
      Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan. Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada. 
      Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan).

2)    Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan cas. Kemudian cas semula. Ini akan membantu mengembalikan kuasa optimum bateri.

3)    Sekiranya anda merancang tidak menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. 
      Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi.
      Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

4)     Elakkan kepanasan - Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. 
      Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.

5)     Elakkan terlebih cas (overcharging) - Overcharging akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger bila ‘indicator’ sudah menunjukkan bateri penuh.



Jika anda merasakan tips ini berguna, sila share dengan kawan-kawan anda agar semua orang mendapat manfaatnya

Comments

  1. Hurm, bagus tips nie, baru tahu... mana dapat info ni? Menarik...

    ReplyDelete
  2. Info ini dari pengalaman dan kajian kajian majalah yang telah saya baca selama bertahun tahun, kongsilah dengan rakan anda agar kita semua dapat manfaat.

    ReplyDelete
  3. Amat berguna.
    Bro..inverter utk model notebook presario c500 berapa? keyboard?

    email me at : kymresources@gmail.com

    ReplyDelete
  4. c500 laptop stok lama, nanti saya dapatkan harga dulu. saya akan e mel awak nanti. tq

    ReplyDelete
  5. Terima kasih dah bagi tipsnya sob. Sangat berguna bagi saya dan follback sukses

    ReplyDelete
  6. bro kalau nk cuci kipas laptop brp price?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS