Servis on-site di Damansara Perdana


Hubungi kami untuk servis "on-site" rumah atau pejabat.


03-77316761 - Office







Servis on-site kami kali ini cuma berdekatan dengan 'office' kami iaitu di Damansara Perdana. Masalah yang dihadapi adalah cuma masalah yang kecil apabila satu unit desktop telah di 'format' sendiri oleh staf syarikat ini. Staf tersebut cuma tahu 'format' sahaja tetapi langkah seterusnya beliau tidak pakar mengenai itu.

Jadi, kami menyelesaikan masalah ini dengan mengaktifkan setiap 'software' dan 'windows' kepada yang Original mengikut spesifikasi CD yang diberi. Seterusnya, kami 'install' semua 'driver' dan 'software' yang telah hilang daripada 'system' komputer ini.

Proses ini memakan masa yang agak lama memandangkan 'file' dan 'document' dalam komputer ini terlalu banyak. Tempohnya lebih kurang tiga jam. Tetapi kami melakukan kerja ini dengan penuh kesabaran sambil-sambil memberikan 'consultation' kepada setiap staf syarikat ini.

Setelah siap kerja-kerja 'installation' tersebut, kami menerangkan serba sedikit bagaimana untuk menjaga komputer ini pada kadar yang lebih baik daripada sebelumnya. 'Printer' dan 'server' juga telah selesai disambung bagi memudahkan kerja-kerja staf syarikat ini.

Sedikit info mengenai servis kali ini :

Syarikat : Lee & Partners (Guaman)
Lokasi : Damansara Perdana
Servis : Driver and software installation 
   
Untuk urusan berkenaan guaman bagi sesiapa yang berada di sekitar kawasan Damansara Perdana boleh hubungi syarikat ini melalui kami.


Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS