Kerja-Kerja Penyelenggaran Komputer dan Printer di JPNS Seremban
Pada April 2015 yang lepas kami terima satu projek penyelenggaraan komputer dan printer daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di Seremban. Ini adalah projek kedua terbesar kami selepas dengan pihak Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM).
Kali ini kami menerima sebanyak :
14 unit desktop/komputer yang telah agak lama usianya, majoriti dalam 3-4 tahun tanpa diselenggara dengan baik. Juga 7 unit printer berjenama HP.
Antara masalah utama yang dihadapi oleh komputer-komputer ini adalah :
1. Motherboard rosak
2. Power Supply rosak
3. Hard Disk rosak
4. RAM rosak
Kesemuanya perlu ditukar dengan yang baru kerana kebanyakan barangan yang terdapat di dalam komputer tidak dapat dibaiki, tidak seperti laptop.
Antara desktop dan printer yang perlu diselenggara |
Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan ambil dan hantar |
Tempoh untuk kerja-kerja penyelenggaraan komputer dan printer ini mengambil masa selama 2 minggu kerana setiap komputer dan printer perlu dikenalpasti setiap masalah yang dihadapi.
Berapa kos keseluruhan?
Kos keseluruhan penyelenggaraan adalah hampir RM20k. Jadi dengan kepakaran yang kami ada, kami dapat turunkan kos kepada RM17k sahaja. Dengan ini pihak JPNS dapat jimat sebanyak RM3000.
Apa yang diganti?
Peralatan yang diganti adalah seperti yang dinyatakan di atas :
1. Motherboard lama ditukar kepada yang terbaru.
2. Power supply lama diganti dengan yang baru.
3. Hard Disk yang lama ditambah kuota kepada yang lebih besar.
4. RAM juga diganti dengan kelajuan yang lebih tinggi.
5. Monitor diganti dengan jenis nipis.
Bagaimana dengan printer?
Printer tidak banyak yang boleh dibuat kerana kebanyakan peralatan yang rosak tiada di pasaran. Jadi kami memberi nasihat kepada pihak JPNS agar menggantikan model yang sama kepada yang baru.
Antara peralatan yang telah diserahkan |
Komputer yang telah siap dibaikpulih |
Pihak kami telah menyelesaikan masalah mereka yang selama ini hidup dengan komputer dan printer yang bermasalah selama bertahun kepada seperti baru beli. Kelihatan muka ceria dan gembira antara staf-staf di JPNS ini memberikan kami lebih semangat untuk membantu lebih ramai staf-staf kerajaan atau swasta di luar sana.
Bagaimana ingin berurusan dengan kami?
Jika anda ada masalah berkaitan dengan komputer, printer, networking dan sebagainya boleh hubungi kami pada nombor tertera di bawah :
06-2400100 (Pejabat)
atau boleh terus emelkan kepada kami masalah yang dihadapi di :
info@okcomputersolution.net
Satu Malaysia kami sanggup turun untuk membantu anda semua.
Comments
Post a Comment