OKCS DI RTM
Dimana kami telah diwawancara berkenaan perkhidmatan kami iaitu membaik pulih kerosakkan komputer dan komputer riba pelbagai jenis model dari A - T (Apple - Toshiba).
Bermula 2008 sehingga kini, misi kami adalah satu iaitu membantu pengguna komputer dan komputer riba diseluruh Malaysia. Dalam memenuhi kehendak pelanggan, kami telah menyediakan perkhidmatan "Pickup - Repair -Delivery" di sekitar Lembah Klang bagi pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk ke kedai kami.
Dengan cara itu, kami boleh berhubung terus dengan anda. Kami sedia membantu anda dan
memberi anda nasihat tentang penjagaan laptop tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kami juga menyediakan anda perkhidmatan selepas jualan, bagi memastikan komputer atau komputer riba yang di baik pulih sentiasa berada dalam keadaan baik.
Khidmat yang kami berikan juga turut menawarkan nilai tambah dengan jaminan antara 3 bulan hingga 12 bulan bergantung kepada jenis kerosakkan yang dibaiki, kami juga memberi anda informasi mengenai asas membaikpulih komputer dan komputer riba di www.okcomputersolution.net dan youtube.
Ok computer solution ini sebenarnya banyak menerapkan nilai keusahawanan, setiap dari perkerja kami, staff kami, team kami akan dilatih untuk menjadi usahawan dan akan membuka outlet ditempat masing-masing setelah mencapai tempoh yang telah ditetapkan. Maklamat kami sebenarnya mahu mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang teknologi maklumat kepada bumiputera, seperti yang sedia tahu dalam bidang ini bumiputera sangat sedikit jumlahnya.
Comments
Post a Comment