Pengenalan bagi sistem polisi dan keselamatan data anda

Sistem polisi keselamatan data tindakan dan mengenalpasti keperluan data dan simpanan dan bentuk-bentuk kata laluan.

Pengenalan maksudnya:

   Sistem komputer memainkan peranan yang sangat kritikal dalam perniagaan, kerajaan, dan juga kehidupan semasa. Oleh kerana itu, organisasi perlu mengambil langkah-langkah khas untuk melindungi sistem maklumat dan memastikan yang sistem maklumat itu tepat. Bab ini menerangkan sejauh mana sistem maklumat boleh dikawal dan dilindungi supaya ia dapat melakukan tugasan dengan betul.


  Sekiranya anda seorang kakitangan di sesebuah organisasi, pernahkah anda fikirkan kenapakah segala maklumat peribadi anda diperlukan oleh organisasi tersebut. Adakah maklumat yang disimpan ini mengikut model yang sedang anda pelajari ini. Sekiranya tidak adakah anda merasakan bahawa organisasi tersebut menggunakan modelnya yang tersendiri.

 Sebelum adanya Automatik yang dibawa oleh komputer, data mengenai individu dan organisasi disimpan dalam bentuk rekod kertas yang diedarkan ke unit perniagaan atau organisasi yang berasingan. Sistem maklumat membawa kepada pengumpulan fail komputer yang kemungkinan besar boleh diakses dengan lebih mudah oleh lebih ramai orang dan juga kumpulan-kumpulan di luar organisasi tersebut. Akibatnya, data yang di automasikan adalah lebih terdedah kepada penghapusan, penipuan, ralat dan penyalahgunaan.

 syarikat yang bergantung kuat kepada komputer akan menghadapi kerugian yang banyak sama ada dari wang ringgit atau pun fungsian perniagaan apabila sistem komputer mereka rosak atau gagal melakukan tugas yang diperlukan. Kesan ke atas syarikat tersebut bertambah buruk apabila masa sistem maklumat tidak berfungsi bertambah lama. Ada juga perniagaan yang akan kehilangan keselurahan fungsian perniagaanya jika sistem komputer tidak dapat digunakan untuk beberapa hari.

Enkripsi

  Ketika menerima pesanan, penerima menggunakan kunci persendirian untuk mendekripsikan. Enkripsi adalah berguna untuk melindungi pesanan di internet dan rangkaian awam yang lain sebab ia kurang selamat daripada rangkaian persendirian. Enkripsi membantu melindungi data bayaran yang dihantar, seperti maklumat kad kredit, masalah bagi alamat untuk pengesahan dan integriti pesanan. Pengesahan merujuk kepada kebolehan setiap pihak untuk mengetahui pihak lain yang ada di situ. Dalam dunia bukan elektronik, kita menggunakan tandatangan.

Perbankan melalui E-Mail telah mengelakkan penggunaan tandatangan ke atas cek yang diberi kepada pelanggan dengan menggunakan rangkaian persendirian yang telah dilindungi di mana sumber permohonan untuk bayaran direkodkan dan boleh dibuktikan. Integriti pesanan ialah kebolehan untuk memastikan yang pesanan dihantar sampai tanpa ditiru atau diubah. Pakar-pakar keselamatan komputer masih lagi mencari kaedah yang melibatkan enkripsi untuk mewujudkan tanda tangan digital yang dipersutujui dan disahkan.

Tandatangan digital

tandatangan digital adalah kod digital yang dilekatkan kepada pesanan yang dihantar secara elektronik dan digunakan untuk mengesahkan isi kandungan pesanan. Ia menyediakan satu cara untuk menyekutukan pesanan dengan penghantar, melakukan fungsi yang sama dengan tandatangan bertulis. Pengesahan boleh di kuat kuasakan dengan melampirkan sijil digital kepada pesanan elektronik. Sistem pensijilan digital menggunakan pihak ketiga yang dipercayai dikenali sebagai badan pensijilan (CA) untuk mengesahkan identiti pengguna. Sistem CA boleh dijalankan sebagai fungsi dalam organisasi dan oleh syarikat luar seperti Verisign Inc. dan MIMOS.


Ancaman kepada Sistem Maklumat Berkomputer


Kerosakkan Perkakasan

 
  • Kebakaran
 
  • Kerosakan perisian
 
  • Masalah elektrikal
 
  • Tindakan Pekerja
 
  • Ralat pengguna
 
  • Pencerobohan akses terminal
 
  • Perubahan aturcara
 
  • Kecurian data, perkhidmatan atau kelengkapan
  • Masalah telekomunikasi


Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

OKCS Melaka Beroperasi Di  :


Waktu beroperasi:
Kini Dibuka 
Setiap Hari Kecuali Ahad
(10 Pagi - 7 Malam)
Email : okcsmelaka@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA

APA ITU BATERI CMOS