6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HDD dan SSD Jika Ingin Menambah Ruang Simpan
Anda tidak perlu menjadi seorang juruteknik untuk mengetahui jenis-jenis penyimpan ( storage ) yang ada pada laptop anda.
Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat masih tidak tahu apa itu perkakasan penyimpanan laptop atau pc mereka. Malah, masih terdapat laptop-laptop baharu yang dijual menggunakan hard disk ( hdd ).
Dalam artikel ini, kami akan mendedahkan serba sedikit tentang perkakasan penyimpan yang terdapat pada laptop dan juga pc.
Apa itu HDD/SSD?
HDD ( hard disk drive ) dan SSD ( solid state drive ) merupakan komponen penyimpan ( storage/ROM ) yang terdapat di dalam laptop / macbook / pc ( desktop ). Ia digunakan untuk menyimpan semua data - data termasuklah sistem operasi ( operating system ) dan fail - fail lain.
Hard Disk Drive ( Kiri ) , Solid State Drive ( Kanan)
Berikut merupakan jadual perbandingan antara HDD dan SSD:-
Terdapat juga penyimpan yang lebih laju berbanding dengan SSD, iaitu jenis penyambung PCIe dan NVMe. Jadual perbandingan sebentar tadi menggunakan penyambung jenis SATA. Tetapi itu untuk artikel yang akan datang.
Kesimpulannya, SSD secara keseluruhan lebih baik daripada HDD dari segi prestasi dan jangka hayat. Walaupun kos untuk membeli SSD lebih tinggi, namun ia boleh tahan lebih lama.
Comments
Post a Comment