Kenapa Laptop Perlu Ujian Burn-In Selepas Repair

 

Ramai pengguna sangka bila laptop dah siap dibaiki, terus boleh digunakan tanpa masalah. Hakikatnya, setiap pembaikan memerlukan satu proses tambahan yang dipanggil ujian burn-in untuk memastikan laptop benar-benar stabil sebelum diserahkan semula kepada anda.

Apa Itu Ujian Burn-In?

Ujian burn-in ialah sejenis ujian intensif di mana laptop dijalankan pada tahap prestasi tinggi menggunakan perisian khas. Tujuannya adalah untuk menilai sejauh mana laptop mampu menahan panas, tekanan, dan penggunaan berterusan selepas proses pembaikan dilakukan.

Kenapa Penting?

1. Pastikan ketahanan & kestabilan
Laptop diuji supaya tidak mudah hang, auto-shutdown, atau overheating.

2. Elak masalah berulang
Kadang-kadang kerosakan tak nampak segera, tapi akan muncul bila laptop digunakan lama. Ujian burn-in boleh kesan lebih awal.

3. Jamin prestasi jangka panjang
Dengan laptop yang sudah melalui burn-in test, anda lebih yakin ia mampu digunakan dalam tempoh panjang tanpa gangguan.

Apa Maksudnya untuk Anda?

Bila laptop anda diserahkan semula selepas dibaiki, itu bukan sekadar siap repair - ia sudah melalui saringan ketahanan. Dengan ujian burn-in, anda boleh rasa lebih tenang kerana laptop yang keluar dari kedai bukan sahaja dibaiki, tetapi juga disahkan stabil dan tahan lasak.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang kamu perlu tahu ialah;
  • Ujian burn-in ialah test intensif selepas repair.
  • Pastikan laptop tahan panas & stabil sebelum diserahkan.
  • Elak masalah berulang seperti hang, auto-shutdown, atau overheating.
  • Langkah penting untuk jamin ketahanan jangka panjang.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


🔥 Bukan sekadar siap repair — laptop anda kami burn-in test dulu untuk pastikan betul-betul stabil!

📞 WhatsApp kami: KLIK DI SINI

🔗 Atau lihat Linktree kami! : KLIK DI SINI

📍Lokasi kami! : KLIK DI SINI 

Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

APA ITU BATERI CMOS