Cara Betul Cas Bateri Laptop Supaya Tahan Lama
Bateri adalah antara komponen paling penting pada laptop, tetapi juga yang paling cepat haus jika tidak dijaga dengan betul. Ramai pengguna tidak sedar bahawa cara mengecas yang salah boleh memendekkan jangka hayat bateri.
Tips Mengecas Dengan Betul
- Elakkan cas hingga 100% sepanjang masa - bateri lithium-ion lebih sihat bila berada di sekitar 20%-80%. Mengecas penuh sentiasa boleh percepatkan kehausan.
- Guna charger original - pengecas tiruan atau tidak serasi boleh menjejaskan prestasi bateri dan merosakkan komponen dalaman laptop.
- Jangan biar bateri kosong (0%) terlalu kerap - biarkan bateri habis sepenuhnya boleh melemahkan sel bateri. Cas sebelum ia mencecah 10-15%.
- Cas sambil guna laptop ada pro & kontra - ia selamat untuk kebanyakan laptop moden, tetapi boleh tingkatkan haba jika digunakan untuk kerja berat. Pastikan laptop ada pengudaraan yang baik.
Kesimpulan
Ramai yang tak tahu, cara cas bateri salah boleh pendekkan jangka hayat. Dengan ikut tips mudah ini, bateri laptop anda boleh tahan lebih lama dan jimat kos ganti.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang kamu perlu tahu ialah:
- Elakkan cas sehingga 100% sepanjang masa.
- Guna original charger.
- Jangan biar bateri habis 0% selalu.
- Cas sambil guna laptop ada pro & kontra.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
🔋💻 Jaga bateri = jaga poket anda! Nak tahu cara cas laptop dengan betul?
📞 WhatsApp kami: KLIK DI SINI
🔗 Atau lihat Linktree kami! : KLIK DI SINI
📍Lokasi kami! : KLIK DI SINI
Comments
Post a Comment