[ SOLVED ] CARA MELAJUKAN KOMPUTER ANDA

CARA-CARA UNTUK MELAJUKAN KOMPUTER ANDA



Artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan anda cara untuk melajukan komputer kesayangan anda. Di sini kami akan menunjukan cara untuk melajukan komputer anda dengan mudah dan tidak lagi komputer anda lembab macam siput. 

1)  Disk Cleanup

Apa itu disk cleanup?
Disk Cleanup boleh delete Temporary Internet Files, Download Program Files, dan Offline Webpages. Disk Cleanup juga membolehkan anda untuk kosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails.
Langkah-langkah untuk buat disk clean up:
Windows 7
Buka start menu > pilih programs > pilih accessories > system tools > dalam system tool, pilih Disk Cleanup utility.
Windows 8 & 10
Tekan windows key + r > taip cleanmgr dan tekan enter.

Disk Cleanup

2)     Defragment

Apa itu Defragment?

Defragment berfungi untuk menyusun semula file-file yang diperbaharui atau yang sudah install secara sengaja mahupun tidak sengaja. Jika anda ingin membuka file apa-apa secara automatik windows bakal bekerja atau memungut ruang secara automatik dalam penempatan space atau unsur partition dalam hard disk anda.
Langkah-langkah untuk buat disk defragmentation:
Windows 7
Buka start menu > pilih programs > pilih accessories > system tools > dalam system tool, pilih disk defragmenter.

Disk Defragment

3)    Virus / Malware

Tiada apa yang akan memperlahankan laptop anda daripada virus atau beberapa malware. Sebaik sahaja hard disk anda telah dibersihkan, seterusnya jalankan perisian antivirus dan lakukan imbasan keselurah hard disk laptop.
Jika ia mendapati apa-apa virus atau malware, terus buang.
Download perisian AntiVirus percuma dari internet atau anda boleh beli perisian AntiVirus yang berbayar dari kedai laptop ataupun beli secara online.
Jangan lupa muat turun perisian CCleaner, boleh check error pada registry pada laptop anda.
Malware / virus

4)   Ram / Memory

Salah satu pilihan yang mudah dan berpatutan adalah upgrade / tambah kapasiti RAM laptop anda. Dengan menambah beberapa gigabyte RAM, anda boleh meningkatkan lagi kelajuan pada komputer anda dan aplikasi boleh disimpan dalam memori, sekali gus mempercepatkan lagi masa pemprosesan laptop.

Ram / Memory

5)   Format Windows 

Cara ini juga boleh dilakukan adalah dengan format balik hard disk laptop anda dan install balik Windows baru anda. Ia juga dapat membatu membuang aplikasi yang tidak diperlukan di dalam windows. Selalunya windows baru yang di install tiada masalah sekiranya Format Clean dan hard disk tiada masalah.

Windows

6) SSD

Apa itu SSD?

SSD (solid state drive) adalah media storage yang paling pantas pada abad ini, dengan 10 kali laju berbanding tradisional media storage ‘hard disk’. Saiz kapasiti adalah lebih kecil berbanding hard disk, tapi sangat laju. Saya rekomen anda pakai SSD 240GB dan jadikan harddisk lama anda sebagai secondary storage.

SSD

Sekian perkongsian kali ini, semoga ianya bermanfaat buat anda. 


We-Fix-Advice-Supply-Now


---->> LAPTOP ANDA ADA SLOW   ?

---->> TAK TAHU NAK REPAIR LAPTOP DI MELAKA ?

Anda boleh hubungi OKCS Melaka :-


06-2400515 / 0186614745 ( Whatapps Pun boleh )


Lokasi OKCS MELAKA : -


OK COMPUTER SOLUTION MELAKA


Comments

Popular posts from this blog

POWER SUPPLY DAN JENIS POWER SUPPLY

APA ITU BATERI CMOS

[ SOLVED ] CARA FORMAT WINDOWS 10 8 7 | KEDAI REPAIR LAPTOP MELAKA