Apa itu SATA dan PCIe? Ini Yang Anda Perlu Tahu
SATA ( Serial Advanced Technology Attachment ) dan PCIe ( Peripheral Component Interconnect express ) merupakan jenis penyambung fizikal yang menghantar data dari storage ( SSD/HDD ) ke komputer.
PCIe |
Kebanyakan laptop atau pc pada masa kini menggunakan SSD jenis PCIe kerana PCIe mempunyai kadar penghantaran yang lagi tertinggi berbanding dengan SATA. Oleh itu, tidak hairanlah jika harga SSD PCIe lebih mahal berbanding dengan SSD SATA.
Isi-isi :
- Apa perbezaan SATA dan PCIe?
- Bagaimana pula dengan NVMe? Adakah ia sama dengan SATA atau PCIe?
- Akhir Kata
Apa Perbezaan SATA dan PCIe?
Perbezaan utama SATA dan PCIe adalah dari segi interface penghantaran data. Contohnya, penyambung PCIe menggunakan 4 lorong untuk menghantar dan menerima data. Manakala SATA pula menggunakan satu lorong sahaja untuk menghantar dan menerima data. Ini yang menyebabkan pemprosesan data PCIe lebih laju berbanding dengan SATA.
Untuk dipendekkan cerita, bayangkan laluan lebuh raya. Jika lebuh raya mempunyai banyak lorong, maka banyak kereta boleh lalu dengan kelajuan yang tinggi.
Jadual di bawah menunjukkan 4 perbandingan antara SATA dan PCIe:
Bagaimana Pula Dengan NVMe? Adakah Ia Sama Dengan SATA atau PCIe?
Bukan. NVMe tidak sama dengan SATA ataupun PCIe. NVMe (Non-Volatile Memory Express), merupakan jenis teknologi protokol storage yang terdapat di dalam SSD PCIe. Fungsi utama NVMe adalah sebagai alat komunikasi antara SSD dan motherboard untuk menghantar dan menerima data pada kadar yang lebih laju.
Akhir Kata
SATA ( Serial Advanced Technology Attachment ) dan PCIe ( Peripheral Component Interconnect Express ) merupakan jenis penyambung fizikal dari storage kepada motherboard.
Anda perlu tahu jenis SSD yang ingin beli sekiranya anda ingin menambah ruang simpan atau memasang PC yang baharu supaya SSD yang anda beli sesuai untuk dimasukkan ke dalam laptop atau PC.
Ingin tahu apa itu SSD/HDD? Sila baca 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HDD dan SSD.
Comments
Post a Comment